Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.sat] | ڤست

Definisi : 1. sangat cepat, pantas: air sungai itu mengalir dgn ~nya; 2. berkembang dgn cepat, maju dgn cepat: mereka mendapat kemajuan ~; perusahaan yg ~; memesatkan 1. menjadikan pesat (pantas, cepat); 2. memperkembangkan (memajukan) dgn cepat, melaksanakan (menggerakkan dsb) dgn pesat atau lebih pesat: keinginan hendak mengeluarkan bahan makanan yg cukup telah membuat kerajaan ~ lagi usaha-usaha mencari benih-benih tanaman yg terpilih; usaha-usaha dan langkah-langkah yg membantu ~ perkembangan bahasa Melayu; kepesatan perihal pesat, kemajuan yg pesat: ~ penubuhan dan pembinaan syarikatsyarikat perusahaan dan kilang akan meringankan masalah pengangguran; pemesatan perihal (perbuatan, tindakan dsb) memesatkan: melalui ~ kegiatan dan kesedaran, pengguna menjadi lebih peka terhadap pergerakan harga barang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.sat] | ڤست

Definisi : ; kayu ~ sj tumbuhan (pokok renek), Maesa ramentacea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.sat] | ڤست

Definisi : 1 cepat sekali; laju: Air sungai itu mengalir dgn ~nya. 2 cepat berkembang (bkn pembangunan, perusahaan dsb): perusahaan yg ~. memesatkan menjadikan pesat (bkn pembangunan dll); mempercepat: Kita hendaklah berusaha ~ pembangunan negara. pemesatan perbuatan atau proses memesatkan: Banyak usaha dan banyak pihak yg terlibat dlm ~ ekonomi negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pesat
Rujuk :pantas


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
berkembang meliputi rangkaian komputer untuk akademik dan penyelidikan dan seterusnya untuk tujuan komersial. Internet meliputi perkhidmatan e-mel, jaringan sejagat (WWW), pemindahan fail dan saling bual Internet (IRC). Perkembangannya amat pesat dan digunakan oleh lebih daripada 600 juta individu di seluruh dunia (pada tahun 2003). Sinonim antara rangkai, Net. Intranet (Ig. Intranet) Rangkaian dalaman yang menggunakan teknologi Internet dan web. isu

Kembali ke atas