Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.ha/] | ڤيهق

Definisi : 1. belah, sisi: ~ atas; ~ bawah; ~ kanan; ~ kiri; 2. arah, hala, jurusan: beberapa ekor kera yg besar datang dr segenap ~ mengelilinginya; 3. salah satu drpd dua kumpulan (golongan) orang yg berlawanan dlm peperangan (permainan, politik, dll): tidak diketahui ~ mana kawan dan ~ mana lawan; 4. termasuk dlm kumpulan (golongan) yg ber­lawanan: nanti akan nyata siapa ~ kawan dan siapa ~ lawan; 5. hal, perkara; pd ~ bkn hal; ~ berikat = ~ bersekutu negara-negara yg bersekutu dlm perang dunia kedua (Amerika Syarikat, Inggeris, dan Perancis); ~ berkuasa golongan atau orang yg mempunyai kuasa, pemerintah; ~ berkuasa tempatan badan yg bertanggungjawab mentadbir dan mengurus kemudahan awam di sesebuah daerah, bandar dsb, mis Majlis Perbandaran dan Dewan Ban­daraya dsb; ~ kedua orang (yg kedua) yg disebutkan kemudian dlm perjanjian; ~ ketiga a) orang lain yg tidak serta dlm perjanjian; b) golongan lain yg tidak berpihak dlm perseng­ketaan (peperangan dll); ~ pertama (kesatu) orang (yg pertama) yg disebutkan dahulu dlm perjanjian; ~ sana kumpulan orang dll yg termasuk pihak lawan dll; ~ sini kumpulan orang dll yg termasuk pihak kita; sepihak sebelah (pihak), satu sisi; pembatalan ~ pembatalan drpd satu pihak sahaja (perjanjian dll); berpihak, memihak menyebelahi salah satu pihak, memasuki salah satu kumpulan (go­longan): dia tidak ~ ke mana-mana; ia memujuk saya supaya memihak kepadanya; berpihak-pihak berpisah-pisah menjadi beberapa pihak, berasing-asing, bercerai-cerai; memihakkan 1. memasukkan dlm salah satu pihak; 2. mencerai-ceraikan menjadi beberapa pihak; 3. mengesampingkan, menyisikan; pemihakan perihal memihak pd sesuatu kumpulan (aliran): sumbangan utama al-Ghazali sebenarnya terletak pd ~nya kpd kelompok antifalsafah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.ha/] | ڤيهق

Definisi : 1 bahagian drpd sesuatu yg di tepi; kawasan atau ruang yg berhampiran dgn sesuatu; sisi: Ketika menonton itu, saya duduk di ~ kanannya. 2 satu drpd dua golongan atau kumpulan orang yg bertentangan pendapat: Kedua-dua belah ~ tidak mahu berdamai. 3 kumpulan orang yg merupakan satu kesatuan; golongan orang dlm sesuatu ikatan: ~ kerajaan telah mengambil langkah utk memelihara benih penyu supaya penyu tidak pupus sama sekali. berpihak, memihak menyokong atau menyebelahi sesuatu pihak: Dia memujuk saya supaya ~ kpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pihak (kata nama)
1. Bersinonim dengan sisi: belah

2. Bersinonim dengan kumpulan: kelompok, pasukan, golongan, puak, regu,

Kata Terbitan : berpihak, memihak, berpihak-pihak,

Peribahasa

Ular berkepala dua.

Bermaksud :

Tidak tentu pihak mana yang diikuti; orang yang munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekerat ular, sekerat belut).

 

Lihat selanjutnya...(20)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
KATA PENGANTAR Projek penyusunan kamus istilah adalah satu usaha yang sangat rapat kaitannya dengan usaha peristilahan. Usaha ini memerlukan kepakaran yang tinggi, ketekunan, iltizam serta komitmen yang bersepadu daripada pelbagai pihak yang terlibat. Walau bagaimanapun, kerjasama yang diperoleh daripada pakar bidang begitu menggalakkan. Penerbitan Kamus Teknologi Maklumat: Keselamatan Komputer ini merupakan kesinambungan daripada Siri Penerbitan Kamus Istilah MABBIM yang diusahakan oleh Norhasmanalinda Haji Mustapa serta Puan Nawal Hanim Haji Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 9 6/6/11 4:01:22 PM xx Lope Zainal Abidin selaku penyelenggara projek. Kepada semua pihak yang turut menjayakan penerbitan kamus ini, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Mudah-mudahan kamus ini bermanfaat dalam usaha pembakuan bahasa dalam konteks pembinaan dan pengembangan bahasa kebangsaan kita

Kembali ke atas