Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ram.bang] | رامبڠ

Definisi : 1. tidak tetap (hati, tujuan, dll); ~ mata a) mata keranjang (suka bermain perem­puan, suka kahwin); b) tidak tahu yg mana satu yg hendak dipilih (kerana banyak pilihan); jala ~ jala yg lebar-lebar matanya; mulut ~ banyak cakap, cerewet; merawak ~ = rambang-rambang; 2. tidak atau tanpa di­tentu­kan (diatur, dirancang, dsb) terlebih dahulu, diambil (dipetik dsb) secara sem­barangan sahaja, rawak: sbg contoh peng­gunaan sebenar, saya petik sebuah ayat se­cara ~ drpd Kamus Dewan; rambang-rambang secara sembarangan sahaja, merambang: Karim menembak ke arah tempat bunyi tembakan itu ~; merambang berbuat sesuatu (berkata dll) dgn membabi buta sahaja (dgn mengagak-agak sahaja): tangannya dirambang bagai­kan mencari sesuatu dlm gelap; kerambangan keadaan rambang: membuat pertimbangan tentang sesuatu sampel semata-mata berasaskan kesamaan dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ram.bang] | رامبڠ

Definisi : tidak tetap (hati dll). ~ mata a. mata keranjang. b. sukar utk membuat pilihan (semuanya berkenan). merambang berbuat atau berkata dgn mengagak-agak atau dgn melulu saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rambang (adverba)
Bersinonim dengan rawak, sewenang-wenang, sesuka hati, sekehendak hati;,
Kata Terbitan : merambang,

Puisi
 

Hanyut-hanyut makan belunut,
     Hanyut sampai ke dalam bayan;
Duduk rambang makan tak pungut,
     Anak dara di Palimbayan.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
maksimum kerana biasanya port 80 tidak disekat oleh tembok api. cincang sehala (Ig. one-way hash; Br. cincang satu arah; Id. cincang searah) Operasi matematik yang mengambil nilai bit bersaiz rambang sebagai input dan menghasilkan satu nilai bit ringkasan yang bersaiz tetap sebagai output. Operasi cincangan adalah sehala kerana melibatkan pengguguran sebahagian bit daripada nilai asal. Oleh yang demikian, adalah mustahil cincang sehala (Ig. one-way hash function; Br. fungsi cincang satu arah; Id. fungsi hash satu arah) Fungsi matematik, H, yang menggunakan operasi cincangan sehala untuk memetakan suatu mesej bersaiz rambang, M, kepada suatu mesej ringkasan, MD, yang bersaiz tetap. Fungsi cincangan sehala mempunyai ciri unik yang mudah untuk memperoleh MD daripada H(M) atau pengaplikasian fungsi cincangan sehala pada mesej

Kembali ke atas