Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ba.gai] | سباݢاي

Definisi : 1. untuk, bagi: beliau memberi fatwa ini ~ menjawab pertanyaan; 2. jadi, menjadi, selaku: mengangkatnya ~ pengerusi; 3. bertindak spt, selaku: ~ negara sahabat, kita mengharapkan bantuan drpd mereka; ~ lagi = ~ pula demikian pula, lebih-lebih lagi: ~ pula raja tidak mengetahui kezaliman hulubalangnya; ~nya a) lain-lain serupa (semacam) itu: buah nanas, buah mangga, dan ~nya; b) sepatutnya: diperlakukan dgn ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ba.gai] | سباݢاي

Definisi : 1 hampir sama keadaannya; seperti; seumpama. 2 berlaku; selaku: ~ orang Islam, dia berpuasa dlm bulan Ramadan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebagai

Puisi
 

Air pasang di Sungai Muar,
     Burung gagak di pohon beringin;
Adik seorang sebagai penawar,
     Hati tidak kepada yang lain.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Sebagai pimping di lereng bukit.

Bermaksud :

Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai pancang digoncang arus, b. Baling-baling di atas bukit, c. Hati bagai baling-baling, d. Seperti panji-panji ditiup angin). (Bandingkan dengan: Lampai bagai pimping di lereng, lemah bagai lenggundi muda).

 

Lihat selanjutnya...(68)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
Abdul Wahid (UIAM) dan Dr. Hafiz Mohd. Sarim (UKM) yang begitu bersungguh-sungguh menangani penyusunan kamus ini. Begitu juga kepada Puan Hajah Ratna Inzah Datuk Haji Mohamad Asri yang bertanggungjawab sebagai penasihat projek dan Puan Norhasmanalinda Haji Mustapa serta Puan Nawal Hanim Haji Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 9 6/6/11 4:01:22 PM xx Lope Zainal Abidin selaku tentera (DMZ)) 3. Jika terdapat istilah yang bersinonim, takrifnya diberikan pada istilah yang dianjurkan penggunaannya. Istilah yang tidak dianjurkan itu diletakkan pada akhir takrif tersebut. Istilah itu akan dimuatkan juga sebagai entri tersendiri tetapi dirujuksilangkan kepada istilah yang dianjurkan: pintu belakang (Ig. back door; Br. pintu belakang; Id. pintu belakang) Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 13 6/6/11 4:01

Kembali ke atas