Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sén.sor] | سينسور

Definisi : (sénsor) alat yg dapat mengesan perubahan sinar cahaya, haba, tekanan dsb, penderia: kipas akan hidup sebaik sahaja ~ mengesan bahang berlebihan dlm hidup enjin terutamanya ketika dlm kesesakan lalu lintas yg teruk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sén.sor] | سينسور

Definisi : (sénsor) IB badan atau orang yg bertugas menapis atau memeriksa sesuatu yg akan disiarkan (buku, majalah, filem, dsb) utk kepentingan umum atau kerana sesuatu sebab tertentu: pihak Jepun mengawasi penerbitan ini dan setiap karangan yg tersiar sudah melalui ~ Jepun; disensor ditapis atau diperiksa oleh pihak yg berkenaan (sesuatu yg akan disiarkan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sén.sor] | سينسور

Definisi : /sénsor/ ist alat yg dpt mengesan perubahan sinar cahaya, haba, tekanan dsb; penderia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sensor (kata nama,)
Bahasa Asal :Indonesia Belanda
Bersinonim dengan penapis, pemeriksa, peneliti, penilai.,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
ciri fizikal pengguna dengan ciri sasaran yang ingin disahkan. Proses ini dilakukan dengan mengambil imbasan biometri semasa dan membandingkannya dengan templat biometri yang tersimpan dalam pelayan. pengesan biometri (Ig. biometric sensor; Br. pengesan biometrik; Id. sensor biometrik) Peranti yang mengesan satu atau lebih ciri fizikal pengguna yang sukar dipalsukan dan membolehkan penyahihan identiti pengguna dilakukan. Contoh pengesan biometri ialah alat pengimbas retina, alat pengecam cap jari

Kembali ke atas