Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sta.bil] | ستابيل

Definisi : I 1. tidak berubah-ubah atau turun naik dsb dgn kerapnya (bkn harga dll); 2. tidak bergoyang (bkn kenderaan dll); 3. mantap, kukuh, tenang, tidak bergolak (bkn keadaan politik dsb): politik yg ~; menstabilkan menjadikan stabil (tidak berubah-ubah, tenang, mantap), memantapkan: menjual sedikit-sedikit utk ~ harga, jangan membanjiri pasar dgn sekali gus; kestabilan perihal atau keadaan stabil (ekonomi dll) kemantapan, stabiliti: kerajaan perlu sekali mengawal dasar kewangannya bagi menjaga ~ kewangan negara; ketidakstabilan perihal atau keadaan tidak stabil: salah satu punca utama masalah ekonomi yg dihadapi oleh negara adalah akibat ~ sistem ekonomi dunia; penstabilan proses (usaha, tindakan) menstabilkan (ekonomi, harga, dll), stabilisasi, pemantapan; penstabil alat (faktor dll) utk menstabilkan (ekonomi, harga, dll), pemantap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sta.bil] | ستابيل

Definisi : (S.Lukis) arca pegun berbentuk abstrak yg biasanya diperbuat drpd dawai, kepingan logam dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sta.bil] | ستابيل

Definisi : 1 kukuh keadaannya (bkn pe­merintahan, bangunan dsb); mantap: Politik yg ~ menjamin kemakmuran negara. 2 tidak turun naik (ttg harga barang, prestasi permainan dll). 3 tidak bergoyang (bkn kenderaan dsb); seimbang. menstabilkan menjadikan stabil: Negara telah dpt ~ harga timah dlm lingkungan harga yg wajar. kestabilan keadaan atau hal stabil. penstabilan per­buatan atau hal menstabilkan; pe­mantapan. penstabil alat, faktor dll yg menstabilkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
stabil (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan tetap, mantap, teguh, kukuh, kuat, tahan, tidak berubah-ubah;,
Kata Terbitan : menstabilkan, kestabilan, penstabilan,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
beroperasi dalam masa beberapa minit apabila gangguan berlaku kepada tapak asal. Ini bermakna pemprosesan data boleh diteruskan tetapi penempatan semula staf ke tapak panas ini akan dibuat setelah keadaan menjadi stabil. Kapasiti pada tapak panas tidak semestinya sama dengan kapasiti pada tapak asal bergantung kepada keperluan sesebuah organisasi. Walau bagaimanapun, tapak panas ini merupakan tapak yang memerlukan kos operasi yang agak terhadap kesesaran sebelum sistem atau perkakasan tersebut menjadi tidak berfungsi atau rosak. Sistem yang mempunyai fungsi yang kritikal, biasanya mempunyai tahap boleh terima kesesaran yang tinggi, sekali gus menjadikannya lebih stabil. topi hitam (Ig. black hat) Lihat perekah. topi putih (Ig. white hat; Br. topi putih; Id. topi putih) Individu berperwatakan penggodam yang menggunakan kemahiran pengaturcaraannya dan kepakaran teknikalnya untuk mencari

Kembali ke atas