Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. budi pekerti, pekerti, perangai, watak: baginda tiadalah sekali-kali mendengarkan nasihat, kelakuan dia sahaja diperbuatnya, tambahan pula tiadalah sekali-kali menurut ~ ayahanda baginda dahulu; 2. perbuatan yg selalu dilakukan, kelakuan, tingkah laku: memang ~ku membaca dlm hati sahaja;bertabiat 1. berperangai, berkelakuan: me­nga­pa­kah dia ~ spt itu? 2. bersifat, beres­mi: spirogira ~ spt tumbuh-tumbuhan hijau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 sifat batin seseorang yg mem­pengaruhi fikiran atau perbuat­annya; perangai; budi pekerti; watak: Tidak mungkin dia dpt mengubah ~nya yg buruk itu. 2 perbuatan yg selalu dilakukan; tingkah laku: Memang ~nya bangkit pagi-pagi setiap hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tabiat (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan kelakuan, perangai, tingkah laku, perilaku, sifat, resmi, resam, watak, lagak, telatah, gelagat, perbuatan, gaya, cara, gerak-geri, tindak-tanduk;,
Kata Terbitan : bertabiat,

Peribahasa

Rebung tidak jauh dari rumpun.

Bermaksud :

Tabiat anak tak akan jauh berbeza dengan orang tuanya.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
untuk memintas atau mengambil sebahagian kawalan ke atas interaksi pengguna dengan komputer tanpa pengetahuan pengguna tersebut. Perisian ini secara rahsia mengawasi tingkah laku pengguna seperti laman web yang dilawati dan tabiat melayari Internet. Perisian ini juga dapat mengganggu kawalan pengguna terhadap komputer seperti memasang perisian tambahan dan mengalih aktiviti pelayar web. Selain itu, perisian ini dapat mengubah pengesetan komputer, mengakibatkan kelajuan

Kembali ke atas