Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.pung] | تمڤوڠ

Definisi : menampung 1. menadah se­suatu yg jatuh atau menitik: baldi utk ~ air hujan; 2. menerima, memberi tempat utk: beliau telah memilih Irian Barat sbg tempat ~ pen­duduk Jawa yg berlebihan itu; 3. menerima dan mengurus (penganggur dll): bagaimana­kah dapat ditampung mereka yg gagal di sekolah? 4. menerima dan me­­­­­­­­ngum­pulkan (hasil, bahan, dll): hilanglah segala media penerbit­an yg selama sebelum perang banyak ~ hasil-hasil pengarang cerpen; 5. mengadang di jalan dan melawan (musuh yg menyerang dll), mencegat, meme­gat, mena­­­­han: serangan angkatan udara musuh dapat ditampung oleh kapal-kapal terbang kita; 6. menerima dan mengatasi (masalah dsb): ada cara utk ~ kemis­kin­an dan kekurangan diri; ~ doa bertadah amin; menampungkan menampung dgn, mena­dah­kan; ~ tangan bertadah amin (ketika ber­doa); tertampung dapat (berupaya) ditampung; penampungan perihal menampung, peneri­maan, penadahan; penampung 1. alat utk menampung: cawan ~ susu getah; 2. orang yg menampung (meng-u­ruskan sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.pung] | تمڤوڠ

Definisi : 1. perca kain dll yg digunakan utk mengganti (menyambungkan) bahagian kain yg sobek; 2. belang (pd kuda, lembu); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.pung] | تمڤوڠ

Definisi : 1. perca kain dll yg digunakan utk mengganti (menyambungkan) bahagian kain yg sobek; 2. belang (pd kuda, lembu); badak ~ tenuk; bertampung berganti (tempat yg sobek) dgn kain lain, bertampal, bersambung (dgn kain lain): bajunya ~ tetapi bersih; menampung menampal dgn perca kain dll (utk mengganti yg koyak atau sobek), me­nam­pal: bakul yg tembus ditampung dgn mengkuang; ~ lantai mengganti papan lantai yg telah rosak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.pung] | تمڤوڠ

Definisi : ark; menampung menampar, menempeleng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.pung] | تمڤوڠ

Definisi : ; menampung 1 menadah sesuatu yg jatuh, menitik dll. 2 mem­beri tempat (ruang dsb) utk: Sta­dium itu dpt ~ kira-kira 50,000 orang penonton. 3 menerima dan mengurus (sesuatu golongan, hasil dll): Kilang itu dijangka dpt ~ sebilangan penganggur bagi mendapatkan pekerjaan. Majalah itu diterbitkan utk ~ karya para penulis tempatan. menampungkan menadahkan sesuatu; menggunakan sesuatu utk menadah: ~ tangan mena­dahkan tangan (ketika berdoa). pe­nampungan perbuatan atau hal me­nampung; penadahan. penampung alat yg digunakan utk menampung: cawan ~ susu getah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tam.pung] | تمڤوڠ

Definisi : 1 sesuatu spt perca kain dll yg digunakan utk menyambung bahagian kain yg koyak. 2 belang pd tubuh binatang, spt kuda, badak. ber­tampung bersambung dgn kain lain; bertampal: Bajunya ~. menampung menampal dgn perca kain dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tampung
Kata Terbitan : menampung, penampungan, penampung,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
log) Perbuatan menukarkan log asal atau log mentah yang direkod oleh sistem kepada bentuk yang mudah difahami untuk tujuan analisis. pemvaksinan (Ig. vaccination; Br. suntikan; Id. vaksinasi) Aktiviti pemasangan kod tampung pada perisian atau sistem komputer untuk membaiki lohong keselamatan, kelemahan atau ketakteguhan yang wujud. Pemvaksinan dapat mengelak dan mencegah serangan virus yang mengeksploitasi lohong keselamatan, kelemahan atau ketakteguhan pada masa pakai oleh pengeluar kad kredit seperti Visa, Master Card dan lain-lain. Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 139 6/6/11 4:02:15 PM 140 vaksin (Ig. vaccine) Kod tampung yang dipasang pada perisian atau sistem komputer untuk membaiki lohong keselamatan, kelemahan atau ketakteguhan yang wujud melalui pemvaksinan. varian (Ig. variant; Br. varian; Id. varian) Jenis virus berlainan yang dibangunkan

Kembali ke atas