Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.bu/] | تبوق

Definisi : 1. lubang yg tembus (lubang butang, lubang tali kasut, dll); 2. lekuk yg dalam (lubang lesung dll); 3. berlubang, tembus, tembuk; bertebuk (telah) ditebuk: biasanya kulit siput itu ~ di belakangnya supaya mudah dijadikan kalung; menebuk membuat lubang pd, melubangi, menembusi, menggerek: ~ lubang butang; kelapa ditebuk tupai prb gadis yg telah hilang daranya; tebukan hasil drpd menebuk, lubang dll yg telah ditebuk: jalan potong dan kadang-kadang ~ terpaksa dibina apabila jalan kereta api melalui kawasan bukit; penebukan perihal (kerja, proses) menebuk; penebuk alat utk menebuk: ~ gabus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.bu/] | تبوق

Definisi : ~ seludang sj tumbuhan (herba), Polygonum barbatum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.bu/] | تبوق

Definisi : 1 lubang yg tembus (spt lubang tali kasut). 2 lekuk yg dalam (spt lubang lesung). menebuk membuat lubang pd sesuatu; melubangi; mengorek: ~ lubang butang baju. tebukan lubang dll yg telah ditebuk. penebukan per­buatan atau perihal menebuk. pene­buk alat yg digunakan utk menebuk: ~ gabus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tebuk
Kata Terbitan : menebuk, penebukan, penebuk,

Puisi
 

Ikan selangat ikan sembilang,
     Tebuk belakang ambil hatinya;
Kus semangat tuan seorang,
     Tolak belakang ada gantinya.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
penyulitan sifer alir yang menggunakan kaedah yang sama dengan pad sekali guna. Kaedah ini dicipta oleh Gilbert Vernam dari Syarikat AT&T bertujuan untuk penyulitan data pada sistem komputer pita tebuk. Suatu rentetan nombor rawak dijana mengikut panjang aksara mesej yang ingin disulitkan. Setiap aksara dalam mesej berkenaan akan diwakilkan dengan nombor. Contohnya, A=0, B=1, C=2 hingga Z

Kembali ke atas