Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.de.dah] | تردده

Definisi : 1. terbuka (bkn pintu, tingkap): pintu bilik itu sentiasa ~ dan sesiapa sahaja dapat masuk; 2. tidak tertutup (bkn badan, makanan, dll): penjaja itu membiarkan barang-barang jualannya ~; pahanya ~; 3. berada dlm keadaan terbuka kpd (pengaruh sesuatu dsb): pd dasarnya orang Melayu makin ~ kpd dunia luar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.de.dah] | تردده

Definisi : 1 terbuka (bkn pintu, tingkap dsb): Jangan biarkan pintu depan itu ~, nanti dimasuki pencuri. 2 tidak tertutup (bkn makanan, badan dll): Mengapa hidangan ini ~ saja? 3 dpt dipengaruhi oleh: Apabila hubungan diperluas, sesuatu masyarakat itu ~ kpd perkembangan peradaban dlm masyarakat lain. 4 tidak dilindungi: Tugas yg sulit itu ~ kpd bahaya (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terdedah

Puisi
 

Dari Kedah ke Tanah Liang,
     Tinggi pasir Kuala Patani;
Pintu terdedah sampai siang,
     Apa taksir pada kami.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Berselimut kain cukin;
     ditutup kepala kaki terbuka,
ditutup kaki kepala terdedah.

Bermaksud :

Serba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Kain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai). cukin = kain basahan atau kain kecil penutup dada waktu makan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
data; Id. integritas data) Ciri data yang memenuhi kualiti keutamaan, iaitu data tidak diubah atau dimusnahkan oleh pengguna yang tidak sah. Keadaan data tersebut sama dengan data asal yang tidak terdedah kepada sebarang pengubahsuaian oleh pengguna hasad. integriti keselamatan (Ig. security integrity; Br. integriti keselamatan; Id. integritas sekuritas) Jaminan bahawa dasar dan mekanisma keselamatan yang digunakan tidak boleh dielakkan atau digagalkan Ig. security breach; Br. pelanggaran keselamatan; Id. pelanggaran sekuritas) Keadaan yang berlaku apabila mekanisma keselamatan berjaya digagalkan hingga boleh menyebabkan pencerobohan terhadap suatu sistem maklumat, atau menyebabkan aset sistem maklumat terdedah kepada risiko dan ancaman. pelindung TCP (Ig. TCP wrapper; Br. pelindung TCP; Id. pelindung TCP) Perisian keselamatan yang digunakan oleh pelayan untuk merakam lebih banyak aktiviti dalam fail log dan

Kembali ke atas