Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ri.ma] | تريما

Definisi : bp mendapat, memperoleh, menyam­but (sesuatu): kemudian ia hendak bayar kpd saya separuh, tiadalah saya mahu ~; (meng­u­cap­kan) ~ kasih (mengucapkan) syukur (kerana menerima sesuatu); ~ nasib berserah kpd takdir sahaja; ~ salah mengaku akan kesalahan diri; ~ syukur bersyukur kpd Tuhan; berterima ark (telah) diterima, (telah) dikabulkan; ~ kasih mengucapkan syukur; menerima 1. mengambil (mendapat, mena­dah, dll) sesuatu yg diberikan: adakah Yang Dipertuan telah ~ surat dua pucuk kelmarin?; 2. menyambut kedatangan orang (tetamu dll): kalau diketahui kami bukan orang India maka ia enggan ~ kedatangan kami; 3. = ~ baik meluluskan atau mengabulkan sesuatu per-mintaan (permohonan dll), menyetujui (sesuatu usul dll), membenarkan, mengesah­kan: ketika dia datang meminang, ibuku tidak banyak olah utk ~nya; 4. mendapat atau menderita sesuatu (dgn berserah sahaja): ~ nasib; 5. berpendapat bahawa ..., meman­dang (sbg), menganggap (sbg): ia ~ jawabanku sbg penghinaan; 6. membenarkan masuk menjadi anggota (murid dll), mengizinkan (masuk dll): mereka pun diterima sbg anggota masyarakat kota itu; 7. bersetuju memegang sesuatu jawatan, mahu menjabat: beliau telah ~ tawaran utk bekerja sbg pengurus di syarikat itu; ~ panjang tangan, menghulur sekali belum prb perangai orang yg tamak hanya mahu menerima pemberian orang sahaja tetapi tidak mahu memberi; menerimakan menyerahkan supaya diterima, memberikan; penerimaan 1. perihal (perbuatan dsb) mene­rima, penyambutan: bayaran dan ~ barang-barang yg dibeli; 2. sambutan, nilaian, peng-hargaan: bagaimana pendapat saudara tentang ~ rakyat kami terhadap rombongan kebudayaan saudara? 3. keizinan (masuk dll), kebenaran: beliau meminta supaya dihenti-kan ~ murid-murid darjah satu; 4. sikap terhadap, anggapan terhadap, tang­gapan: janganlah tuan takut dan ngeri kpd kakang dan janganlah tuan salah ~; penerima 1. orang atau alat yg menerima sesuatu; pesawat ~ pesawat radio utk menang­kap siaran radio; 2. mudah menangkap (ajaran dll), terang hati; 3. sentiasa berserah (kpd takdir dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ri.ma] | تريما

Definisi : ; salah ~ salah anggap; salah faham. menerima 1 mengambil se­suatu yg diberikan; mendapat atau memperoleh sesuatu sbg hadiah dll: Murid-murid yg menang dlm peraduan mengarang telah ~ hadiah drpd Guru Besar. Dia ~ berbagai-bagai hadiah pd hari jadinya. 2 menyambut kedatangan tetamu atau kedatangan seseorang: Pembesar-pembesar negara sudah berkumpul di lapangan terbang utk ~ kedatangan Presiden Suharto. 3 membenarkan atau mengizinkan (seseorang) menjadi ang­gota sesuatu perkumpulan dsb: Guru Besar dgn bantuan beberapa orang Guru Penolong sibuk ~ murid-murid baru utk darjah satu. 4 bersetuju memegang sesuatu jawatan yg ditawarkan: Beliau telah ~ tawaran sbg Guru Besar di sekolah itu. 5 menyetujui sesuatu permintaan, permohonan dll; membenarkan; me­­­­lulus­kan: Ibu bapanya enggan ~ pinang­an pemuda itu. menerimakan menye­rahkan sesuatu supaya diterima. terimaan apa-apa yg diterima. pene­rimaan hal atau perbuatan menerima: ~ murid-murid baru; ~ tetamu. penerima orang atau alat yg menerima sesuatu (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terima
Kata Terbitan : menerima, penerimaan, penerima,

Puisi
 

Sayang selasih ditumpah minyak,
     Bunga jengkang dengan jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
     Kerana sudibersama kami.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Gajah memamah aris,
     baik diikat kera kecil yang memakan buah kayu.

Bermaksud :

Daripada mengharapkan sesuatu yang besar yang tak mungkin didapati, lebih baik terima saja yang sedikit yang sudah ada di dalam tangan. aris = getah kayu yang sudah beku.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
keperluan para pengguna khususnya pelajar institusi pengajian tinggi, pensyarah, para pengamal dalam bidang Teknologi Maklumat serta pengguna umum yang lain. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada para penyusunnya. Mereka terdiri daripada Prof. Madya Dr. Mazani Manaf (UiTM), Dr. Omar Zakaria (UM), Dr. Adli Abdul Wahid (UIAM) dan Dr. Hafiz Mohd. Sarim (UKM) yang begitu Teknologi Maklumat ct.indd 9 6/6/11 4:01:22 PM xx Lope Zainal Abidin selaku penyelenggara projek. Kepada semua pihak yang turut menjayakan penerbitan kamus ini, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Mudah-mudahan kamus ini bermanfaat dalam usaha pembakuan bahasa dalam konteks pembinaan dan pengembangan bahasa kebangsaan kita. Dato’ Haji Termuzi Haji Abdul Aziz Ketua Pengarah Dewan

Kembali ke atas