Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ting.kah] | تيڠکه

Definisi : perbuatan yg ganjil-ganjil atau tidak patut, canda, olah, ragam: ia teringat-ingat ~ kawannya yg cepat menimbulkan marah­nya tadi; banyak ~ banyak ragam; salah ~ ber­laku tidak wajar; ~ laku (langkah, perangai) gerak-geri, kelakuan, perbuatan: ia disukai orang kerana kehalusan budi bahasanya dan kebaikan ~ lakunya; bertingkah 1. melakukan perbuatan yg ganjil-ganjil (buruk dll): monyet jenis ini suka ~; 2. berbuat tidak wajar (yg bukan-bukan), berlaku ganjil: jangan kau ~ terhadapku kerana aku bukan anak kecil lagi; ~ laku berbuat berbagai-bagai laku, berlaku; 3. = bertingkahan tidak sekata (seimbang, se-haluan) dgn, tidak sama nadanya dsb (dgn): memanglah ganjil dan sumbang kalau gong atau gendang ~ dgn dram. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ting.kah] | تيڠکه

Definisi : 1. sj gendang; 2. tingkahan; bertingkah-tingkah, tingkah-meningkah silih berganti, bersahut-sahutan, ber­selang-selangan: bunyi katak dan salakan anjing ~ memecah kesunyian malam; meningkah, meningkahi 1. memukul gen-dang dll menyelang (mengiringi) lagu atau bunyi lain; 2. mengiringi (menyahut) lagu dll dgn bunyi lain (alat muzik, tepuk tangan, dll): suara nyanyian anak-anak perahu ditingkah oleh suara geseran rebab dan kecapi; tingkahan 1. pukulan gendang dll yg mengiringi lagu, tarian, dsb; 2. nyanyi (tepuk tangan dll) yg menyertai bunyi-bunyian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ting.kah] | تيڠکه

Definisi : meningkah 1. membalas (menjawab, menyahut) perkataan orang: “Aku tidak percaya”, katanya ~; 2. menyelang (menyampuk, memotong) perkataan orang, membantahi: maafkan saya kerana ~ semasa tuan sedang bercakap tadi; ia berasa tersinggung kerana sahabatnya ~ pendapatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ting.kah] | تيڠکه

Definisi : perbuatan yg ganjil-ganjil atau yg tidak patut: banyak ~ banyak ragam; ~ laku kelakuan atau gerak-geri. bertingkah 1 berbuat hal yg ganjil-ganjil, buruk dll: Anaknya yg kecil selalu juga ~. 2 berlaku atau berbuat yg bukan-bukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ting.kah] | تيڠکه

Definisi : ; meningkah menyampuk atau memotong perkataan orang: Jangan suka ~ percakapan orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ting.kah] | تيڠکه

Definisi : 1 sj gendang. 2 = tingkahan pukulan gendang yg mengiringi lagu dsb; nyanyian yg bersambut-sambutan dgn bunyi-bunyian. bertingkah-tingkah, tingkah-meningkah silih ber­ganti; bersambut-sambutan (ttg bunyi gendang, nyanyian dsb). meningkah memukul gendang dll mengiringi lagu atau mengiringi bunyi-bunyian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tingkah (kata nama)
Bersinonim dengan ragam, kerenah, olah, canda;,
Kata Terbitan : tingkah laku, bertingkah,

Peribahasa

Sebab budi boleh kedapatan.

Bermaksud :

Tingkah laku juga yang menyebabkan seseorang itu binasa.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
masa lain sekiranya diperlukan. pengendalian psikologi (Ig. psychological operations (PSYOP); Br. pengendalian psikologi (PSYOP); Id. operasi psikologis) Serangan ke atas pengguna data yang bertujuan untuk mempengaruhi cara pemikiran, emosi, dan tingkah laku pengguna tersebut. Serangan ini dilakukan dengan menyebarkan data dan maklumat tertentu yang dipilih khas oleh penyerang sehingga tindakan pengguna adalah selaras dengan niat penyerang tersebut. pengesahan pengguna (Ig. user spyware) Perisian yang dipasang secara tersembunyi pada komputer peribadi untuk memintas atau mengambil sebahagian kawalan ke atas interaksi pengguna dengan komputer tanpa pengetahuan pengguna tersebut. Perisian ini secara rahsia mengawasi tingkah laku pengguna seperti laman web yang dilawati dan tabiat melayari Internet. Perisian ini juga dapat mengganggu kawalan pengguna terhadap komputer seperti memasang perisian tambahan dan mengalih aktiviti pelayar web. Selain

Kembali ke atas