| pi nai (Thai) | pi nai | Kesenian | Tiada | Serunai dari Thailand. |
| sodium iodide poisoning | keracunan natrium iodida | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada natrium iodida (formula kimia, NaI), iaitu hablur putih yang terlarut dalam air. Tanda utama keradinan akut ialah muntah, pengsan, dan koma. Keracunan akut akibat pengingesan mungkin menyebabkan pembesaran sementara kelenjar air liur atau limpa. Keracunan akut akibat penyuntikan mungkin menyebabkan pengsan dengan tiba-tiba yang mungkin membawa maut akibat hiperpemekaan. Gejalanya ialah dispnea, sianosis, tekanan darah menurun, tidak sedar, dan konvulsi. Keracunan kronik akibat pengingesan menyebabkan iodisme berserta gejala eritema, konjunktivitis, stomatitis, akne, rinorea, urtikaria, parotitis, anoreksia, hilang berat badan, sukar tidur, dan gementar. Miksedema mungkin terjadi. Keracunan kronik akibat penyentuhan mungkin menyebabkan pemekaan dermatitis, edema larinks, penyakit serum dengan pembesaran nodus limfa, dan sakit serta bengkak sendi. Penemuan makmal menunjukkan air kencing mungkin mengandungi protein, serpihan epitelium dan sel darah merah. |
| likay | likay | Kesusasteraan | Tiada | Teater tradisi yang merupakan sejenis opera dari Thailand. Bentuk teater ini merupakan persembahan yang merangkumi unsur-unsur muzik, tarian dan dialog. Kumpulan muzik iringan dikenali sebagai pi phat likay yang melibatkan alat-alat ranat ek (gambang kayu), Khong wong yai (bebeapa biji gong kecil yang disusun dalam bulatan), pi nai (serunai), Klong khaek (sepasang geduk) dan sebiji gendang. Cerita likay merangkumi cerita raja-raja, sejarah, peperangan, cerita klasik, cerita popular dan cerita rakyat. |