| astrobiology | astrobiologi | STEM | Tiada | Gabungan bidang biologi, kimia, fizik dan astronomi yang berkaitan dengan hidupan di alam semesta termasuk asal usul, evolusi dan potensi hidupan di luar bumi. |
| cultured meat | daging kultur | STEM | Tiada | Daging yang dihasilkan daripada pengkulturan sel-sel hidup |
| astrophysicist | ahli astrofizik | STEM | Tiada | Individu yang mahir dalam mengkaji astrofizik. Lihat juga astrophysics. |
| cyber wellness | kesejahteraan siber | STEM | Tiada | Amalan menggunakan teknologi siber secara selamat dan beretika termasuk mengelakkan risiko dan bahaya dalam talian untuk meningkatkan keharmonian dan dalam perhubungan sosial. |
| astrophysics | astrofizik | STEM | Tiada | Bidang astronomi yang mengkaji tentang struktur kimia dan fizikal pada objek yang ter�dapat di angkasa seperti bintang, planet, galaksi dan alam semesta. |
| dark data | data gelap | STEM | Tiada | Data yang diperoleh melalui pelbagai jaringan komputer, tetapi tidak dianalisis atau digunakan untuk membuat keputusan. Data ini mungkin bernilai, tetapi belum diterokai. |
| atmospheric science | sains atmosfera | STEM | Tiada | Cabang ilmu sains yang mengkaji atmosfera bumi seperti komposisi, sifat dan kedinamikannya. Sains atmosfera merangkumi subbidang meteorologi, klimatologi dan kimia atmosfera. |
| dark energy | tenaga gelap | STEM | Tiada | Tenaga hipotetikal yang menjadi punca kepada kepesatan pengembangan galaksi. |
| augmentation skill | kemahiran augmentasi | STEM | Tiada | Keupayaan individu untuk meningkatkan dan memperbaiki kemahiran dan kebolehan sedia ada melalui pembelajaran dan perkembangan berterusan dengan bantuan teknologi atau alat. |
| data analyst | juruanalisis data | STEM | Tiada | Individu yang bertanggungjawab untuk menganalisis data. |