| SF | SF | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Label minyak pelincir yang memenuhi keperluan untuk digunakan dalam enjin gasolin dalam tahun 1981, dalam enjin kenderaan penumpang dan trak dan beberapa model kenderaan tahun 1980-an. |
| SF | SF | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | label minyak pelincir yang memenuhi keperluan untuk digunakan dalam enjin gasolin pada tahun 1981 dalam enjin kenderaan penumpang dan trak dan beberapa model kenderaan tahun 1980-an. |
| disk operating system (DOS) | sistem pengendalian cakera (DOS) | Teknologi Maklumat | Perisian | Sistem pengendali yang pernah menguasai pasaran komputer peribadi keserasian IBM antara tahun 1981 hingga 1995. Sistem pengendali ini masih digunakan sehingga tahun 2000 walaupun tidak sepenuhnya, terutama dalam Microsoft Windows versi 95, 98 dan Me. Terdapat beberapa sistem pengendali yang berkaitan dengan DOS seperti MS-DOS, PC-DOS, DR-DOS dan FreeDOS. Kesemua jenis sistem pengendali DOS ini boleh dilaksanakan pada komputer yang menggunakan pemproses Intel x86 atau yang serasi dengannya. Sistem DOS ini merupakan sistem pengendali pengguna tunggal dengan fungsi inti yang asas. Sistem ini hanya membenarkan satu atur cara dilaksanakan pada satu masa. Inti asas dalam DOS menyediakan fungsi seperti memaparkan aksara pada skrin, membaca aksara dari papan kekunci dan mencapai fail dari pemacu. Contoh perintah DOS untuk memformat cakera pada pemacu E adalah seperti yang berikut: C> format E |
| durable resistance | ketahanan awet | Biologi | Patologi | Ketahanan yang berkesan dalam tempoh yang lama (turun-temurun). Istilah inimula-mula sekali dikemukakan oleh Robinson pada tahun 1981. Perumah yang mempunyai sifat ketahanan awet tidak semestinya dikawal oleh banyak gen (ketahanan ras tak khusus). |
| personal computer (PC) | komputer peribadi (PC) | Teknologi Maklumat | Tiada | Komputer yang direka bentuk untuk kegunaan individu yang individu tersebut mempunyai kuasa sepenuhnya untuk menggunakan dan mengurus komputer tersebut. Istilah ini diutarakan oleh IBM pada tahun 1981 sempena pelancaran komputer peribadi pada era komputer kerangka dan minikomputer. Kini pelbagai jenama komputer peribadi seni binanya setara dengan komputer peribadi IBM. Contohnya komputer DELL, MIMOS, COMPAQ dan ACER. |
| conscientiousness | kehematan | Pengurusan | Perancangan | Suatu ciri personaliti yang menunjukkan seseorang yang sering menjalankan tugas dengan teliti dan bertanggungjawab kepada orang lain dan organisasi. Kehematan merupakan salah satu daripada Lima Sifat Utama Personaliti (Big Five Personality Traits) oleh Lewis R. Golberg (1981). Contoh personaliti yang mempunyai ciri kehematan yang tinggi ialah orang yang bertanggungjawab, boleh diharapkan, berdisiplin dan berorientasikan pencapaian. |
| National Computer Security Center (NCSC | pusat sekuriti komputer kebangsaan (NCSC) | Teknologi Maklumat | Tiada | Organisasi kerajaan Amerika Syarikat dalam NSA (National Security Agency) yang menilai peralatan yang digunakan untuk aplikasi sekuriti tinggi. Ini bertujuan untuk menentukan supaya kemudahan pemprosesan bahan-bahan sulit atau maklumat sensitif menggunakan sistem komputer dan alat-alat yang boleh dipercayai. NCSC telah ditubuhkan pada tahun 1981 sebagai Department of Defense Computer Security Center dan telah menukar namanya pada tahun 1985. |
| martial law | undang-undang tentera | Sains Politik | Politik Perbandingan | 1. Undang-undang yang dikuatkuasakan ke atas sesebuah negara oleh golongan tentera yang telah merampas kuasa negara tersebut dari kerajaan awam. Dengan undang-undang ini, semua hak sivil dibataskan, kebebasan politik terhad dan segala keputusan serta penggubalan undang-undang dibuat oleh pemerintah tentera ini. Pemerintahan ini pernah dilaksanakan di Fiji pada tahun 1988. 2. Pelaksanaan undang-undang tentera oleh sebuah kerajaan awam setelah berlaku satu keadaan darurat yang memerlukan campur tangan dan penguatkuasaan undang-undang oleh tentera bagi memelihara keamanan. Kerajaan awam meminta bantuan tentera untuk mengawal keadaan dan pihak tentera menjalankan tanggungjawabnya tanpa melepasi batasan atau merampas kuasa. Apabila undang-undang ini dibubarkan, pemerintahan akan kembali kepada kerajaan awam. Contohnya, penggunaan undang-undang tentera era Marcos di Filipina pada tahun 1971-1981. |