Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hijau
Rujuk :mentah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
green building indexindeks bangunan hijauTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauKaedah penarafan metrik pada bangunan hijau untuk menggalakkan kemampanan dalam alam sekitar yang direka bentuk. Kaedah ini akan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pihak berkepentingan seperti pemaju, arkitek, jurutera, perancang, kontraktor dan orang awam mengenai isu alam sekitar dan tanggungjawab terhadap generasi akan datang.
green buildingbangunan hijauTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauStruktur lestari yang mesra alam sekitar di sepanjang kitar hayat, bermula daripada proses merancang, mereka bentuk, membina, menyelenggara, mengubah suai, meroboh dan melupuskan sisa. Bangunan hijau dibina dengan menitikberatkan orientasi optimum bangunan di atas tapak pembinaan, penggunaan bahan binaan hijau, penggunaan tenaga dan air yang cekap, penelitian terhadap kualiti persekitaran dalam bangunan dan penghasilan sisa yang minimum.
green rating systemsistem penarafan hijauTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauSistem yang dibangunkan untuk menilai kemampanan projek pada semua peringkat kitar hayat alam sekitar. Penilaian merangkumi fasa perancangan, reka bentuk, pembinaan dan operasi. Contohnya, penarafan bintang hijau dan indeks bangunan hijau.
environmental conscious design (ECD)reka bentuk peka alam sekitarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauProses reka bentuk yang mengambil kira kesan terhadap alam sekitar dalam membuat keputusan. Contohnya, reka bentuk bangunan hijau.
valuationpenilaianTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauProses menentukan sumbangan setiap unit operasi atau proses ke atas jumlah pelepasan setiap bahan atau butiran yang dipilih. Contohnya, penilaian yang dilakukan terhadap tenaga boleh diperbaharui dan bangunan hijau.
solar powerkuasa suriaKesenianSeni BinaTenaga diperbaharui yang diperlukan untuk menyumbang ke arah gagasan seni bina hijau atau seni bina lestari. Bangunan moden memerlukan tenaga elektrik untuk menggerakkan semua peralatan di dalam bangunan. Lazimnya, tenaga elektrik diperoleh daripada janakuasa sama ada digerakkan oleh tenaga minyak, gas, sampah terpilih atau arang batu. Tenaga elektrik juga boleh diperoleh daripada kuasa suria sama ada menggunakan kepingan fotovolta atau tenaga solar pekat (CSP). Penuaian kuasa suria boleh dilakukan dengan menggunakan kepingan fotovolta yang dipasangkan pada bangunan yang disepadukan pada kemasan bumbung atau kemasan dinding luaran pada mukaan bangunan. Penghasilan tenaga elektrik dengan menggunakan kepingan fotovolta adalah lebih mudah dan cepat. Kepingan fotovolta memerlukan ruang di atas bumbung atau mukaan bangunan yang menghadap matahari bagi memaksimumkan dapatan cahayanya. Selain memberikan manfaat dalam menyumbang ke arah penarafan gagasan seni bina hijau, ia juga memberikan nilai tampak pada bangunan
energy utilization indexindeks penggunaan tenagaTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauUkuran jumlah tenaga yang digunakan dalam proses penyejukan atau pemanasan bangunan atau kemudahan dalam tempoh tertentu.
green beltjalur hijauBiologiEkologiKawasan tertentu yang tidak dibenarkan mendirikan bangunan atau rumah. Kawasan ini diwujudkan untuk memisahkan kawasan perindustrian daripada kawasan perumahan. Misalnya, Bukit Nanas dan Taman Tasik Perdana merupakan jalur hijau di Kuala Lumpur.
design for longevityreka bentuk jangka hayat panjangTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauReka bentuk produk dari segi kualiti dan ketahanan serta mengutamakan kesederhanaan dan kebolehfungsian. Contohnya, reka bentuk bangunan warisan dunia.
green roofbumbung hijauSTEMTiadaStruktur teduhan sesuatu bangunan yang dilapisi dengan tanaman untuk mengurangkan suhu permukaan bumbung dan udara persekitaran.
12

Kembali ke atas