Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata FTP


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
passive FTPFTP pasifTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah pemindahan fail yang lebih selamat berbanding FTP biasa. Dalam FTP pasif, penyambungan ke pelayan fail serta arah dan kawalan aliran data ditetapkan oleh pelanggan FTP dan bukannya pelayan FTP. Hal ini membenarkan pengguna mengawal aliran data bagi mengelakkan pemintasan data oleh pengguna hasad.
anonym FTPFTP anonimTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerCapaian yang diberikan kepada sesiapa sahaja untuk mencapai pelayan FTP suatu sistem komputer. Pengguna FTP tidak perlu membekalkan identiti sebenar semasa proses pengesahan pengguna. Pengguna hanya perlu menggunakan pengenalan pengguna anonim dan membekalkan alamat e-mel sebagai kata laluan. Biasanya capaian FTP antonim adalah lebih terhad digunakan untuk memuat turun fail sahaja. Lihat juga anonim.
FTPFTPTeknologi MaklumatTiada1. Singkatan untuk File Transfer Protocol. Lihat : File Transfer Protocol. 2. Proses pemindahan fail dalam suatu rangkaian.
anonymous FTPFTP anonymousTeknologi MaklumatTiadaProses yang membolehkan pengguna mendapatkan dokumen, fail, atur cara dan data-data lain yang telah dikumpul dari Internet tanpa memerlukan pengenalan pengguna dan kata laluan persendirian. Pengguna hanya perlu memasukkan pengenalan pengguna “anonymous”.
FTP sitetapak FTPTeknologi MaklumatTiadaLokasi pelayan FTP yang mengandungi koleksi fail dan atur cara.
FTP serverpelayan FTPTeknologi MaklumatTiadaPelayan fail yang menggunakan FTP untuk membenarkan pengguna memindahkan fail.
FTP commandperintah FTPTeknologi MaklumatTiadaPerintah yang digunakan untuk memindah fail dalam FTP.
FTP clientklien FTPTeknologi MaklumatTiadaAtur cara yang membolehkan pengguna memindahkan fail dari atau kepada tapak FTP dalam rangkaian.
FTP ProgrammeAtur Cara FTPTeknologi MaklumatTiadaAtur cara yang melaksanakan Protokol Pindah Fail.
FTP (file transfer protocol)FTP (protokol pindah fail)Teknologi MaklumatTiadaPiawai yang digunakan untuk menghantar dan menerima fail melalui rangkaian.
12

Kembali ke atas