| allotment (land) | petak (tanah) | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
| allotment (land) | petak (tanah) | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
| box system | sistem petak | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Salah satu sistem yang digunakan dalam ekskavasi. Sistem ini memisahkan antara satu petak dengan petak penggalian lain, dengan batas atau permatang. Setiap dinding petak penggalian tidak digali sepenuhnya, melainkan diberikan ruang antara 20 sentimeter � 30 sentimeter pada setiap dindingnya. Kelebihan sistem ini adalah memberi ruang kepada petugas untuk melalui tapak tanpa memasuki petak dan memudahkan pengangkutan tanah dari petak penggalian. Kelemahannya adalah tidak dapat memberikan gambaran jelas susunan stratigrafi tanah dan kemungikinan data yang telah berharga berada di kawasan batas atau permatang tersebut. |
| field-by-field valuation | penilaian petak demi petak | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
| soil sample | sampel tanah | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tanah yang diambil daripada petak arkeologi atau semua kawasan mengikut lapisan. Pada petak arkeologi, sampel tanah diambil pada setiap spit terakhir. Sementara pada sesuatu kawasan pula sampel tanah diambil dengan menggunakan pembohor. Tujuan untuk mengetahui kronologi struktur tanah di tapak penyelidikan. Warna sampel tanah yang diambil dapat diklasifikasikan secara khusus dengan merujuk kepada carta warna tanah Munsell. |
| datum line | garisan datum | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Teknik garisan yang bertindak sebagai pengukur piawai berdasarkan titik datum. Tujuannya untuk mengawal kedalaman petak penggalian agar sama antara satu petak dengan petak yang lain kerana permukaan tanah yang mungkin tidak sekata. Garisan datum juga dikenali sebagai garis kedua. Garis datum akan mengikut arus permukaan tanah, iaitu semakin tinggi permukaan tanah garis datum akan semakin rendah garis datum atau sebaliknya. Garis pertama pada petak penggalian, iaitu paling bawah adalah untuk mengawal lurus dinding petak penggalian. Kedalaman petak penggalian ditentukan setelah selisih pengiraan antara garis datum dengan garis pertama ditentukan. |
| trowel | kulir | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Alat yang digunakan untuk mengikis tanah dalam petak galian. Alat ini boleh digunakan untuk merata bahagian tepi dinding tanah dan juga mengikis serpihan yang dijumpai dalam tanah. Alat ini juga amat penting untuk membersihkan sesuatu lapisan tanah sebelum mengikis lapisan tanah seterusnya. Kulir berbentuk lurus dan tajam dan hanya boleh digunakan dengan menggunakan tangan. Terdapat dua jenis saiz kulir, iaitu bersaiz sederhana dan besar. Penggunaannya bergantung pada struktur tanah dan keluasan petak galian. |
| bedding trenches | parit undak | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Sistem ekskavasi yang dilakukan secara bertingkat kedalamannya pada setiap petak yang menggunakan kaedah petak. Keadaannya bertingkat seperti tangga yang semakin meninggi atau menurun pada bahagian petak bersebelahan. Tujuannya untuk melihat keadaan lapisan budaya dan tinggalan fitur pada setiap petak serta memudahkan melihat kesinambungan data konteks. Di samping itu, sistem ini memudahkan pekerja turun naik mengangkut tanah keluar dari petak. |
| vertical face excavation | ekskavasi permukaan tegak | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Ekskavasi yang dilakukan secara menegak. Proses ini dibahagikan kepada dua kaedah, pertama, penggalian dari permukaan hingga ke tanah mandul. Petak yang lain digali berpandukan kedalaman petak sebelumnya. Kedua, penggalian dilakukan dengan kaedah yang sama tetapi terdapat pemisah (permatang) antara petak. Pemisah ini turut digali hingga menjadi bentuk parit yang memanjang. Kaedah ini digunakan untuk melihat taburan artifak dan susunan stratigrafi tapak. Sinonim gali cari permukaan tegak. |
| cross-section | keratan rentas | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Teknik lukisan secara rentas yang menggabungkan petak penggalian dan digunakan untuk membandingkan antara satu sama lain. Perbandingan melibatkan aspek stratigrafi tanah, permukaan tanah dan lapisan spit yang sama antara petak penggalian. Teknik ini penting untuk mengesahkan sesebuah tapak penggalian sama ada in-situ atau terganggu. |