Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Science fiction


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
science fictionfiksyen sains; cereka sainsKesusasteraanTiadaBentuk cerita khayalan atau fantasi yang mengambil fakta-fakta sains, andaian-andaian atau hipotesis-hipotesis sebagai dasar cerita.
science fictionfiksyen sains; cereka sainsPerpustakaanTiadaTiada
science fictionfiksyen sainsKomunikasiTiadaCerita khayalan yang dicipta oleh golongan futuris yang berorientasikan sains.
science fictionfiksyen sainsKesusasteraanTiadaFiksyen khayalan atau fantasi yang mengambil fakta sains, andaian atau hipotesis sebagai dasar cerita. Dalam fiksyen sains, prinsip asas sains yang mendasari alam semesta dipatuhi secara konsisten, walaupun sesetengah daripada fenomena sains yang dipaparkan masih belum ditemui atau belum wujud. Peraturan dan norma yang dipatuhi dalam dunia fantasi fiksyen sains adalah luas, dan tidak semestinya berpandukan pengalaman biasa. Namun, apa yang terjadi dalam penulisan fiksyen sains mestilah mengekalkan prinsip dasar sains. Contohnya, karya Robot karya Asimov dan A Space Odyssey oleh Arthur C, Clarke. Dalam sastera Melayu, contoh fiksyen sains ialah novel Dendam Siber oleh Ahmad Patria Abdullah. Lihat juga fiksyen, fiksyen antisains.
science fictionfiksyen sainsKesusasteraanTiadaGenre fiksyen yang berasaskan imaginasi namun latar, watak, tema dan plotnya di sokong oleh fakta, teori dan prinsip sains.
anti-science fictionfiksyen antisainsKesusasteraanTiadaFiksyen yang memperlekeh pemikiran sains, namun masih mengekalkan secara minimum unsur-unsur fiksyen sains. Fiksyen antisains mempunyai tarikan kepada khalayak yang bimbang akan kesan sains dan teknologi yang semakin terhakis. Fiksyen antisains tidak semantap fiksyen sains yang sebenar dari segi pengisian fakta sains, malahan karya begini biasanya dikaitkan dengan filem dan televisyen, bukannya dengan kesusasteraan moden. Contoh fiksyen antisains ditemui dalam novel C.S.Lewis berjudul Till We Have Faces.

Kembali ke atas