| thornthwaite moisture index | indeks kelengasan thornthwaite | Hidrologi | Tiada | Ciri iklim: nisbah perbezaan antara kerpasan dan sejatpeluhan terhadap sejatpeluhan keupayaan. |
| evapotranspirometer see also lysimeter | meter sejatpeluhan lihat juga lisimeter | Hidrologi | Tiada | Alat yang digunakan untuk mengukur sejatpeluhan. |
| potential evapotranspiration | sejatpeluhan keupayaan | Sains | Hidrometeorologi | Kuantiti maksimum air yang dapat disejat dari bentangan selanjar tumbuhan yang menutupi seluruh muka tanah dan mendapat bekalan air cukup dalam suatu iklim tertentu. Sejatpeluhan keupayaan merangkumi sejatan dari tanih dan peluhan dari tumbuhan di suatu kawasan spesifik dalam selang waktu yang ditetapkan dan dinyatakan sebagai kedalaman. |
| water deficit | kekurangan air | Hidrologi | Tiada | Perbezaan terlonggok antara sejatpeluhan keupayaan dan kerpasan dalam suatu tempoh tertentu yang kerpasan adalah rendah dari sejatpeluhan keupayaan. |
| lysimeter see also evapotranspiro-meter | lisimeter lihat juga meter sejatpeluhan | Hidrologi | Tiada | Tangki atau bejana yang diletakkan di bawah permukaan tanah untuk mencegat dan mengumpul air yang bergerak ke bawah melalui tanih. Lisimeter ini ialah suatu alat pelbagai tujuan untuk mengkaji berbagai fasa kitaran hidrologi, misalnya, susupan, larian air, sejatpeluhan dan juzuk larut yang dipindahkan dalam saliran. (WMO), Chow) |
| effective evapotranspiration | sejatpeluhan efektif | Sains | Hidrometeorologi | Jumlah wap air yang tersejat dari tanah dan tumbuhan semasa tanah mempunyai kandungan kelengasan sebenar. |
| actual evapotranspiration | sejatpeluhan sebenar | Sains | Hidrometeorologi | Jumlah wap air yang tersejat dari tanah dan tumbuhan semasa tanah mempunyai kandungan kelengasan sebenar. |
| evapotranspirometer | evapotranspirometer | Sains | Hidrometeorologi | Alat untuk mengkur kadar sejatpeluhan. Alat ini terdiri daripada tangki yang diisi tanah dengan tanaman dan direka sedemikian rupa supaya semua air yang dimasukkan ke dalamnya dan semua baki air yang tertinggal setelah penyejatpeluhan dapat diukur. |
| humidity index | indeks kelembapan | Sains | Hidrometeorologi | Indeks tahap lebihan air yang melebihi keperluan air di sebarang stesen tertentu, sebagaimana digunakan oleh C.W.Thomthwaite. Indeks kelembapan dikira seperti yang berikut: indeks kelembapan= 100s/n dengan s (lebihan air) ialah hasil tambah perbezaan bulanan antara kerpasan dan sejatpeluhan keupayaan bagi bulan-bulan yang kerpasan biasanya melebihi sejat-peluhan keupayaan; dan n (keperluan air) ialah hasil tambah sejat peluhan keupayaan bulanan bagi bulan-bulan lebihan. Indeks kelembapan mempunyai dua kegunaan dalam pengelasan Thornthwaite, iaitu sebagai komponen indeks kelengasan; dan sebagai asas bagi pengelasan terperinci iklim kering. |