| factory ship/factory vessel | kapal kilang | Perikanan | Tiada | Kapal yang digunakan untuk memproses hasil tangkapan yang ditangkap di laut. Kapal ini akan belayar ke laut dalam satu kumpulan dengan beberapa buah kapal menangkap ikan. Hasil tangkapan oleh kapal menangkap ikan akan dipindahkan ke kapal kilang untuk diproses. Kumpulan kapal ini akan berada di laut untuk jangka masa yang lama kerana hasil tangkapan boleh terus diproses di atas kapal kilang. |
| collective catch | tangkapan bersama | Perikanan | Tiada | Kaedah menangkap ikan secara beramai-ramai atau berkumpulan. Hasil tangkapan dikumpulkan, dan dijadikan hak tangkapan bersama serta dibahagi secara sama rata. |
| illuminated zone | zon tercahaya | Perikanan | Tiada | Kawasan yang diterangi oleh sesuatu sumber cahaya. Kawasan ini penting dalam perikanan kerana boleh mempengaruhi pengumpulan ikan dan hasil tangkapan. Contohnya, zon tercahaya diperlukan semasa menggunakan pukat jerut dan candat. |
| capture gamma | gama tangkapan | Kejuruteraan | Tiada | Sinar gama yang terpancar hasil daripada tangkapan radioaktif. |
| capture gamma radiation | sinaran gama tangkapan | Kejuruteraan | Tiada | Sinar gama yang terpancar hasil daripada tangkapan radioaktif. |
| harvest | kutip hasil; tuai; tangkapan | Perikanan | Tiada | Tiada |
| trash fish | ikan baja | Perikanan | Akuakultur | Hasil sampingan tangkapan ikan, khususnya daripada aktiviti pukat tunda. Ikan baja terdiri daripada ikan juvenil, ikan yang tidak bernilai komersial dan ikan yang bernilai komersial tetapi belum cukup besar untuk dijual. Ikan baja juga boleh dijadikan sebagai makanan ikan sangkar atau diproses sebagai tepung ikan. |
| automated longline | rawai automatik | Perikanan | Tiada | Rawai yang beroperasi secara automatik dengan menggunakan mesin. Semua proses merawai bermula daripada pemasangan umpan pada mata kail, memasang rawai, menarik rawai dan membuka tangkapan daripada mata kail dilakukan oleh mesin secara automatik. Penggunaan alat ini boleh meningkatkan kecekapan dan menjimatkan masa operasi. Hasil tangkapan menggunakan alat ini selalunya bermutu tinggi kerana boleh menangkap ikan daripada pelbagai jenis dan saiz yang dikehendaki sahaja. |
| fish meal | tepung ikan | Perikanan | Akuakultur | Bahan asas utama yang digunakan dalam penyediaan makanan rumusan ikan dan udang. Tepung ikan mengandungi sumber protein yang tinggi dan kandungan asid amino perlu yang lengkap untuk keperluan ikan. Terdapat dua jenis sumber tepung ikan utama, iaitu tepung ikan import dan tepung ikan tempatan. Tepung ikan import diproses daripada hasil tangkapan ikan secara komersial khas untuk penghasilan tepung ikan, manakala tepung ikan tempatan diproses daripada hasil tangkapan sampingan atau ikan baja. |
| fish meal | mil ikan | Veterinar | Tiada | Hasil yang diperoleh daripada pengeringan dan penghancuran ikan atau sebahagian daripada ikan. Bahan ini termasuklah hasil sampingan tangkapan yang tidak digunakan oleh manusia. Bahan ini penting sebagai sumber protein berkualiti untuk makanan ternakan. Kandungan protein kasarnya berbeza-beza bergantung kepada bahan asas yang biasanya di antara 55-70%. Komposisi protein terdiri daripada asid amino perlu yang lengkap dan seimbang serta lebih baik daripada sumber protein lain. Pada ternakan ruminan, protein daripada bahan ini tidak diuraikan oleh mikrob di dalam rumen dan merupakan protein tak boleh urai rumen. Bahan ini juga kaya dengan mineral terutamanya kalsium dan fosforus. |