Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Tengah malam ke Pulau Pinang,
     Anak Belanda turun ke kapal;
Tengah malam adinda terkenang,
     Air mata turun ke bantal.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hurricanetaufan; hurikanGeografiTiadaRibut tropika yang mempunyai bahagian tengah (mata) yang tenang dan dikelilingi oleh angin-angin halaju tinggi (> 160 km / j) yang biasa dikaitkan dengan hujan lebat, guruh dan kilat.
Keris LambaKeris LambaKerisTiadaKeris yang mempunyai tiga keluk di tengah-tengah bahagian mata.
AlexandrineIskandarinaKesusasteraanTiadaSajak Perancis kuno yang terdiri daripada satu larik. Larik itu bersuku kata dua belas dengan hiatus di tengah-tengah. Pola matra ini semata-mata ditujukan kepada Iskandar Agung.
zonula ciliariszonula siliarisPerubatanTiadaSistem serat yang merentang di antara jasad silium dengan bahagian tengah kanta mata, yang menetapkan kedudukan kanta mata.
vascular tunictunik vaskularBiologiHistologi dan SitologiLapisan tengah bola mata yang terdiri daripada vesel dan sel-sel berpigmen serta gentian saraf dan otot licin, kecuali yang di bahagian iris.
kambing kacangkambing kacangKerisTiadaBahagian sor-soran yang terletak di tengah pangkal mata keris yang berhampiran dengan ganja. Sin: awak, kembang kacang.
Dapur MegantaraDapur MegantaraKerisTiadaDapur yang mempunyai tujuh keluk. Pada bahagian tengah pangkal mata keris terdapat satu lurah yang berbentuk seperti alur.
frog eye diseasepenyakit mata katakBiologiPatologiPenyakit daun tembakau, terutama sekali yang sudah tua, yang menunjukkan gejala nekrosis dengan bahagian tengah berwarna putih seperti mata katak.
pineal gland or bodykelenjar pinealBiologiHistologi dan SitologiKelenjar berupa bonjolan pada vesikel serebrum pertama yang mungkin berfungsi sebagai kelenjar endoktrin. Juga dikenal sebagai kelenjar perembes vasotosin (pada haiwan mamalia dan melatonin pada haiwan vertebrat rendah). Kelenjar ini, pada haiwan vertebrat rendah, kelihatan seperti mata tengah atau pineal, dan pada haiwan vertebrat tinggi kedudukannya terbenam di dalam tisu saraf, tetapi mungkin peka terhadap cahaya yang menelusi tengkorak. Pada beberapa jenis unggas, kelenjar ini berfungsi sebagai pengukur masa. konarium; serebrum epifisis; jasad pineal.
cat's-eyemata jalanKejuruteraan AutomotifTiadaMata jalan: Alat yang dipasang di tengah permukaan jalan yang biasanya jalan bengkok untuk memantulkan cahaya sebagai tanda pemisah lorong.
1234

Kembali ke atas