| hydrolysis | hidrolisis | Geografi | Tiada | 1. Sejenis luluhawa kimia di mana air bergabung dengan mineral batuan untuk menghasilkan mineral lempung yang biasa nya tak larut air melalinkan dalam proses pengkarbonan. |
| biological oxygen demand | keperluan oksigen biologi | Pertanian | Agroteknologi | Kuantiti oksigen yang diperlukan oleh organisma aerobik untuk menguraikan bahan organik di dalam air. Keperluan ini dapat menentukan kadar pencemaran air oleh bahan organik. Sekiranya kandungan BOD-nya tinggi, maka ia menunjukkan kadar pencemaran yang tinggi dan begitu juga jika sebaliknya. Faktor yang mempengaruhi proses ini ialah suhu, air dan kandungan bahan organik. Contohnya, air sungai yang jernih mengandungi BOD di bawah 1 mg/L, air yang sederhana tercemar mengandungi BOD 2-8, dan air yang terlalu tercemar ialah 20 mg/L dan ke atas. Bagi air kumbahan yang tidak dirawat, kadarnya ialah 600 mg/L BOD. Singkatan BOD. |
| ornithine | ornitin | Kimia | Biokimia | Asid amino yang aktif optik dan tidak terdapat di dalam protein, tetapi merupakan bahan perantara penting dalam sintesis urea. Asid ini terbentuk daripada glutamik-?-semialdehid melalui pentransaminaan atau daripada N-asetilglutamik-?-semialdehid melalui pentransaminaan yang diikuti oleh pendeasetilan. Bentuk (L)nya menghablur daripada alkohol-eter dan larut di dalam air atau alkohol. Bentuk (DL)nya menghablur daripada air dan larut sedikit di dalam alkohol. Asid ini digunakan dalam penyelidikan biokimia dan dalam ubat-ubatan. |
| maltose | maltosa | Kimia | Biokimia | Disakarida yang terdapat di dalam sesetengah bijian yang sedang bercambah seperti barli dan sebagainya, dan dihasilkan daripada tindak balas enzim amilase ke atas kanji dan glikogen. Bentuk a-nya menghablur sebagai monohidrat dalam bentuk jejarum tanpa warna dan mempunyai takat lebur 102-103oC. Disakarida ini larut di dalam air dan alkohol tetapi tidak larut di dalam eter, boleh terbakar, tidak toksik, dan digunakan dalam pembuatan makanan dan minuman sebagai pemanis, sebagai medium kultur dan sebagai penstabil polisulfida. |
| amobarbital | amobarbital | Kimia | Forensik | Formula kimia, CIIN18N203; nama lain, asid 5-etil-5-isoamilbarbiturik, amilobarbiton; nama dagang, Amytal. Serbuk berhablur putih, tanpa bau, berasa pahit, takat lebur 156°C- 161 °C, larut sangat sedikit dalam air untuk menghasilkan larutan berasid, dan larut dalam etanol. Jangka masa tindakan amobarbital ialah 3 - 6 jam. Amobarbital merupakan barbiturat yang diberikan untuk menghentikan gemuruh, terketar-ketar, dan membantu tidur. Kesan sampingan -nya termasuk pening, terawang-awang dan rasa mengantuk. Pengambilan dos berlebihan boleh mengakibatkan kematian. Tanda-tanda dos berlebihan adalah kekeliruan mental, kelesuan yang teruk, nafas yang pendek, masalah bernafas, menggeletar dan degupan jantung yang amat perlahan. Serbuk ini dikenali sebagai depresan sistem saraf pusat dan merupakan ubat penenang serta ubat tidur yang boleh menyebabkan ketagihan. Dos parah anggaran ialah 1.5g, dan kepekatan toksik ialah 30 µg/mL. Sinonim amilobarbiton. |