Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : memberang, berang-berang, Lutra spp.; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anjing air

Peribahasa

Arang itu,
     jika dibasuh dengan air mawar sekalipun,
tiada akan putih.

Bermaksud :

Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Burung gagak itu jika dimandikan dengan air mawar sekalipun, tiada akan menjadi putih bulunya, c. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya).

 

Lihat selanjutnya...(5)

Lihat selanjutnya...(1)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aquaticakuatikBiologiEkologi1. Berkaitan dengan sesuatu yang tumbuh atau hidup di dalam atau di atas air, misalnya anjing laut, dan ikan paus. 2. Berkaitan dengan spesies tumbuhan yang boleh hidup dalam air tawar, misalnya teratai,. Nymphaea stellata atau dalam air laut, misalnya, rumput laut Anhalus sp.
amylaseamilaseVeterinarPraklinikalEnzim yang menghidrolisis karbohidrat kepada glukosa; maltosa dan dekstrin. Amilase air liur ialah ptialin dan amilase pankreas ialah amilopsin. Sesetengah mamalia seperti kuda; anjing dan kucing tidak mempunyai enzim ini dalam air liur. Enzim ini penting dalam pencernaan untuk menguraikan karbohidrat sebagai sumber tenaga.
leptospirosisleptospirosisPerubatanTiadaInfeksi oleh Leptospira. Infeksi ini ditularkan kepada manusia melalui sentuhan dengan anjing, babi, dan roden, atau penggunaan air yang tercemar.
leptospirosisleptospirosisPerubatanTiadaJangkitan yang disebabkan oleh Leptospira, dan ditularkan kepada manusia melalui sentuhan dengan anjing, babi dan roden, atau penggunaan air yang tercemar.
zygomatic glandkelenjar zigomaVeterinarPraklinikalSalah satu kelenjar air liur yang kecil tetapi penting. Kelenjar zigoma terletak di ventral lengkung zigoma dan rostral pada otot maseter. Duktus kelenjar zigoma membuka ke ruang oral dan posterior pada gigi geraham. Kelenjar ini menghasilkan air liur pekat. Pada haiwan selain anjing dan kucing; kelenjar ini dikenali juga sebagai kelenjar bukka dorsal.
Plantago majorekor anginHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan herba yang rendah dan kecil dalam famili Plantaginaceae, dikenali juga sebagai ekor anjing. Tumbuhan ini hidup liar terutama di kawasan yang tinggi. Daunnya tersusun berbentuk roset. Daunnya jenis ringkas dan berbentuk hampir bulat. Urat daun utama selari mengikut panjang daun dan tepi daun bergerigi krenat. Daun berwarna hijau dan bunganya kecil tersusun pada jambak spika yang panjang dan tegak. Air rebusan tumbuhan dibuat ubat disentri dan gonorea. Air rebusan daun berserta bijinya dibuat ubat demam, selesema, batuk, dropsi, cirit-birit, darah tinggi, bronkitis dan melawaskan kencing. Air rebusan tumbuhan ini berkesan untuk mengeluarkan batu karang dari pundi kencing dan merawat diabetes. Daunnya dibuat ubat pupuk untuk bengkak terutamanya pada kuku. Tumbuhan ini berasa kelat dan bersifat diuretik, antihipertensi, febrifuj, anticirit-birit dan antibengkak.
neutral stimulusrangsangan neutralPsikologiPsikologi UmumRangsangan yang tidak memberi sebarang kesan terhadap respons. Walau bagaimanapun, dalam teori pelaziman klasik, rangsangan neutral ini boleh membangkitkan tingkah laku tertentu setelah beberapa kali dipasangkan dengan rangsangan tak terlazim yang selalunya diikuti dengan ganjaran. Rangsangan neutral yang dapat membangkitkan respons dikenali juga sebagai rangsangan terlazim. Contohnya, pada mulanya anjing tidak memberi respons kepada bunyi loceng tetapi lama-kelamaan akan mengeluarkan air liur kepada bunyi loceng setelah beberapa kali dipasangkan dengan daging.

Kembali ke atas