| archaic stage | tahap purba | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tahap perkembangan awal ketamadunan . Tahap ketamadunan dinasti awal Mesir mula berkembang pada 3200 SM - 2800 SM. Pada tahap ini budaya mula berkembang tetapi pemerintahan pradinasti masih belum bersatu. Di Greek, tahap ketamadunan nya bermula bermula sekitar 750 SM � 480 SM manakala di Amerika Syarikat tahap purba merujuk kepada tahap perkembangan budaya. |
| bitonality | dwitonal | Muzik | Tiada | Dua tonaliti yang berlainan berlaku secara serentak. Contohnya, tonaliti C major dengan F-sharp major wujud serentak dalam sesuatu karya. Dwitonal diperkenalkan pada awal abad ke-20. Contohnya, Petroushka (1910-1911) oleh Stravinsky. Lihat juga politonal. |
| exopterygota | eksopterogota | Biologi | Entomologi | Serangga yang tidak mempunyai peringkat pupa dan metamorfosis-nya melibatkan perubahan yang amat sedikit pada setiap instar. Serangga muda yang dikenal sebagai ninfa biasanya serupa dengan serangga dewasa, tetapi lebih kecil dan mempunyai tunas sayap luaran pada peringkat awal. Serangga dalam kumpulan ini termasuklah lipas, lelawi, dan semua jenis kepinding dan kutu, serta serangga, seperti sesibur dan maifil. |
| wait order | iklan tunggu masa | Komunikasi | Korporat | Kaedah menangguhkan penyiaran atau penerbitan iklan bagi memenuhi sesuatu strategi syarikat pengiklanan. Melalui kaedah ini, penyiaran atau penerbitan iklan tidak dilakukan sehingga mendapat kebenaran untuk meneruskan atau menghentikan penerbitan atau penyiaran nya. Kaedah ini dilakukan disebabkan oleh beberapa kemungkinan utama, Pertama, sekiranya syarikat ingin membuat penjenamaan semula syarikat dan barangannya, sedangkan iklan tersebut telah disediakan lebih awal, maka penyiaran dan penerbitan iklan berkenaan perlu ditangguhkan sehingga pihak syarikat mendapat sesuatu ketetapan berkaitan dengan strategi pengiklanan syarikat. Jenis ketetapan boleh dalam bentuk mengubah suai iklan yang sedia ada supaya dapat memenuhi keperluan semasa atau membatalkan penyiaran dan penerbitan iklan berkenaan. Kedua, sekiranya syarikat berada dalam keadaan bermasalah, maka kaedah menangguhkan penyiaran atau penerbitan iklan sedemikian akan dilakukan. |