Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata badannya

Puisi
 

Ayam hitam ayam didik,
     Petang-petang masuk kampung;
Tubuh hitam badannya kecil,
     Tinggal pengukur mayang nibung.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dogtooth tunaaya tenggiriPerikananTiadaSejenis ikan pelagik daripada famili Scombridae, spesies Gymnosarda unicolor, iaitu sejenis ikan berbentuk bulat, memanjang dan menirus di bahagian belakang badannya. Bahagian belakang badannya berwarna biru kehijau-hijauan dan di bahagian sisinya berwarna keperak-perakan. Saiz badannya boleh membesar sehingga 2.50 meter. Ikan jenis ini hidup secara berkumpulan di laut lepas serta bermigrasi dalam jarak yang jauh mengikut musim. Aya tenggiri dikategorikan sebagai ikan rekreasi dan boleh ditangkap dengan cara mengerek (mengolak) atau merawai.
longtail tunaaya hitamPerikananTiadaSejenis ikan pelagik daripada famili Scombridae, spesies Thunnus tonggol, iaitu sejenis ikan yang berbentuk bulat, memanjang dan menirus di bahagian belakang badannya. Bahagian atas badannya berwarna biru gelap sehingga kehitam-hitaman, manakala bahagian bawah badannya berwarna putih keperak-perakan. Ikan jenis ini hidup secara berkumpulan di laut lepas serta bermigrasi dalam jarak yang jauh mengikut musim. Ikan ini dikategorikan sebagai ikan rekreasi dan boleh ditangkap dengan cara mengolak atau merawai. Nama lain bagi ikan ini ialah tongkol dan aya.
kawakawaaya kurikPerikananTiadaSejenis ikan pelagik daripada famili Scombridae, spesies Euthynnus affinis, iaitu sejenis ikan yang berbentuk bulat, memanjang dan menirus di bahagian belakang badannya. Bahagian belakang badannya berwarna biru kehijau-hijauan, manakala bahagian sisi dan perutnya berwarna putih keabu-abuan. Terdapat garis bercorak belang-belang serong yang beralun di bahagian hujung badan ikan jenis ini. Aya kurik hidup secara berkumpulan di laut lepas dan gemar memakan ikan kecil, sotong dan udang. Tabiat ikan ini suka berkumpul di bawah objek terapung seperti batang kayu, peranti pengumpul ikan atau objek-objek lain. Ikan ini menjadi tumpuan pemancing kerana sifatnya yang suka melawan. Nama lain bagi ikan ini ialah tongkol kurik.
frigate tunaaya selasihPerikananTiadaSejenis ikan pelagik daripada famili Scombridae, spesies Auxis thazard, iaitu sejenis ikan yang berbentuk bulat, memanjang dan menirus di bahagian belakang badannya. Bahagian belakang badannya berwarna kebiru-biruan, bahagian perut berwarna putih, manakala bahagian atas kepalanya berwarna keungu-unguan gelap atau hampir hitam. Ikan jenis ini berenang dalam kumpulan besar pada musim tenang dan gemar memakan ikan pelagik kecil dan plankton. Tabiat ikan ini suka berkumpul di bawah objek terapung seperti batang kayu, peranti pengumpul ikan atau objek-objek lain. Ikan ini menjadi tumpuan pemancing kerana sifatnya yang suka melawan. Nama lain bagi ikan ini ialah tongkol selasih dan bakulan.
contrappostokontrapostoKesenianTiadaBentuk figur yang seluruh berat badannya berdiri di atas sebelah kaki dan sebahagian dari badannya berpaling ke arah yang berlainan.
flying boatbot terbangAeroangkasaTiadaPesawat yang badannya berbentuk seperti kapal untuk mendarat dan berlepas di atas air.,Penerbangan aerobatik dalam keadaan pesawat udara terbalik.,Pesawat yang badannya berbentuk seperti kapal untuk mendarat dan berlepas di atas air.
cutaway modelmodel keratanKesenianTiada1. Model sesuatu benda yang dihasilkan sebahagian sahaja badannya untuk menunjukkan bahagian-bahagian yang terlindung.,2. Model yang dipotong sebahagian badannya untuk menunjukkan bahagian sebelah dalamnya.
arrow wormscacing anak panahSains MarinTiadaSejenis filum ketognata yang merupakan invertebrat kecil dengan julat saiz di antara 2-120 mm panjang. Namanya diambil sempena bentuk badannya yang panjang dan langsing serta mempunyai sirip sisi dan sirip ekor yang kelihatan seperti anak panah. Struktur badannya ringkas, diselaputi oleh lapisan kutikel, lut cahaya dan terbahagi kepada kepala, badan dan ekor. Cacing anak panah tidak mempunyai sistem peredaran darah, sistem pernafasan atau sistem pertukaran gas yang khusus dan hanya mempunyai sistem saraf yang ringkas. Terdapat lebih 120 spesies cacing anak panah yang telah dikenal pasti dan semuanya terdiri daripada zooplankton. Cacing anak panah merupakan pemangsa rakus yang memakan zooplankton kecil seperti kopepod dan krustasia kecil yang lain. Sinonim ketognata.
yueh qinyueh qinMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordo­fon jenis lut. Badannya berbentuk bulat dan diperbuat daripada kayu. Lehernya pendek dan berfret. Empat utas tali logam yang dipasang pada badan dan leher alat muzik tersebut dipetik dengan plektrum. Yueh qin yang terdapat di China menghasilkan melodi dalam orkestra Cina moden yang dikenali sebagai huayue tuan. Alat muzik ini juga dikenali sebagai lut bulan kerana bentuk badannya seperti bulan purnama.

gynanderginanderBiologiGenetikOrganisma yang badannya terdiri daripada kelompok sel jantan dan betina.
12345678910...

Kembali ke atas