| hoop tension | tegangan lingkar | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Tegangan yang berlaku di bahagian bawah kubah hemisfera atau bahagian bawah tangki air berbentuk selinder ataupun yang berbentuk sfera akibat daripada air yang terkandung di dalam tangki tersebut. |
| crankcase | kotak engkol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Bahagian bawah enjin yang menyokong dan menjadi perumah kepada aci engkol. Kotak engkol membentuk bahagian bawah blok silinder dan mengandungi takungan minyak pelincir untuk melicinkan operasi aci engkol dan komponen yang bersambung dengannya. |
| compression wood | kayu mampatan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Kayu tak normal yang terbentuk di bahagian bawah batang yang condong atau bahagian bawah dahan pokok konifer. Kayu ini mempunyai trakeid berbentuk bulat dan mengandungi banyak lignin. Kayu jenis ini mengalami kadar kecutan memanjang melebihi kayu biasa dan boleh menyebabkan bengkok atau piuh. Kayu ini yang tinggi dan nilai kekuatannya rendah. Kayu jenis ini mempunyai kadar kecutan memanjang yang lebih tinggi, dan ketumpatan dan kekuatan yang lebih rendah daripada kayu normal. |
| liner hanger | penggantung pelapik | Kejuruteraan | Petroleum | Sejenis peranti gelinciran yang melekatkan bahagian atas pelapik dengan bahagian bawah rentetan selongsong sehingga pelapik seolah-olah tergantung di bahagian bawah rentetan selongsong berkenaan. Rujuk : pelapik. |
| dagu | dagu | Kesenian | Tiada | Bahagian bawah jentera yang berupa papan beralur yang menjadi tapak gigi jentera. |
| hypodiaphragmatic | hipodiafragmatik | Perubatan | Tiada | Bahagian bawah diafragma. |
| plinth | ketapak | Kesenian | Tiada | Bahagian bawah tiang atau kaki pelapik yang berbentuk segi empat. |
| ekor | ekor | Kesenian | Tiada | Bahagian bawah wau. |
| katepimeron | katepimeron | Biologi | Entomologi | Bahagian bawah epimeron serangga. |
| katepisternum | katepisternum | Biologi | Entomologi | Bahagian bawah episternum serangga. |