| bond | ikatan | Kesenian | Seni Bina | Cara susunan batu bata pada dinding atau struktur bangunan lain seperti rasuk, lantai, tiang, jenang tingkap atau jenang pintu. Terdapat pelbagai kaedah susunan batu bata bagi menguatkan ikatan batu bata tersebut menurut kaedah asal masyarakat yang mengamalkannya seperti susunan sisi, susunan Inggeris, susunan Fleming dan sebagainya. Bagi menguatkan ikatan antara batu bata, lazimnya digunakan jaring dawai pada setiap empat lapisan menegak batu bata, sementara bagi menguatkan ikatan atau pegangan struktur bangunan terhadap batu bata, kepingan logam digunakan sama ada berbentuk ekor ikan� bentuk L dan sebagainya, bergantung pada tahap kekuatan pegangan yang diperlukan. |
| brick construction | binaan batu bata | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bangunan yang sebahagian besarnya diperbuat daripada batu bata dan konkrit. |
| brick veneer construction | binaan venir batu bata | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Merupakan bangunan yang dinding luarnya dibuat daripada papan dengan lapisan dalamnya dibuat daripada batu bata. |
| course | lapis | Kesenian | Seni Bina | 1. Ketebalan melintang dalam kerja batu bata yang dikira bagi seunit tebal batu bata tersebut. 2. Bahagian nipis yang terdapat di permukaan atas sesuatu lantai, dinding dan jubin. |
| bond | ikatan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | 1. Daya rekatan di antara mortar dengan batu bata atau di antara permukaan tetulang keluli dengan konkrit di sekelilingnya; 2. Susunan batu bata. |
| ashlar | ketulan batu halus | Kesenian | Seni Bina | Batu yang dipotong secara persegi untuk dijadikan dinding bangunan agar kelihatan lebih kemas berbanding dengan ketulan batu tanpa dibuat pemotongan persegi. Ketulan batu halus mempunyai kemasan di setiap sisi untuk memudahkan pelekatan dengan ketulan batu-batu halus yang lain. Ketulan batu halus merupakan bahan alternatif menggantikan batu bata untuk membuat dinding-dinding bangunan. |
| masonry noncombustible construction | binaan batu kalis api | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bangunan yang dinding luarnya dibuat daripada batu seperti batu bata, blok gipsum, blok konkrit berongga, jubin atau bahan-bahan lain yang mempunyai sama sifatnya serta lantai dan bumbung dibuat daripada logam dan bahan yang kalis api. |
| masonry unit | unit kerja batu | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Bata, batu, blok konkrit, blok kaca atau batu ubin tanah liat yang dibina pada dasar mortar. |
| brick facing | kemasan bata | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Kemasan daripada susunan batu bata di luar kerangka kayu yang menyokong beban. Binaan daripada kemasan bata akan menyerupai bangunan bata walaupun struktur tersebut ialah struktur kerangka kayu. |
| face shell | cangkerang mukaan | Kesenian | Seni Bina | Bahagian pada bongkah batu berongga (bahan binaan seperti batu bata dan blok konkrit untuk membuat dinding bangunan). Ia merupakan salah satu daripada dua dinding sisi pada unit bongkah batu tersebut. Selain bahagian yang dinamakan cangkerang mukaan, terdapat bahagian-bahagian lain pada batu tersebut dengan nama-namanya yang khusus. |