| effective command | perintah berkesan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Kuasa penuh terhadap orang bawahan. Kuasa ini perlu dimiliki oleh seseorang komander tentera terhadap orangorang bawahannya, atas prinsip tanggungjawab perintah, iaitu tanggungjawab untuk menghalang orang-orang bawahannya daripada melakukan jenayah perang atau jenayah terhadap kemanusiaan, atau gagal menghukum mereka yang melakukan jenayah perang atau jenayah terhadap kemanusiaan. |
| worker's oriented manager | pengurus tumpu pekerja | Pentadbiran | Tiada | Pengurus yang sentiasa menjaga kepentingan orang bawahannya. |
| transactional leader | pemimpin perhubungan | Pentadbiran | Tiada | Pemimpin yang memberi panduan dan dorongan kepada pengikut atau orang bawahannya ke arah matlamat yang telah ditentukan dengan menjelaskan tentang peranan dan tugas yang diperlukan. |
| chain of command | rangkaian perintah | Pentadbiran | Tiada | Perhubungan antara tanggungjawab dengan autoriti yang mengaitkan pegawai atasan dengan orang bawahannya bagi seluruh organisasi. |
| empress | maharani | Sejarah | Tiada | 1. Gelaran kepada wanita yang memerintah sesebuah empayar dan mempunyai kuasa mutlak ke atas orang bawahannya seperti Maharani Dowager dari Dinasti Mancu.,2. Isteri Maharaja. |
| laissez-faire leadership | kepimpinan laissez-faire | Pentadbiran | Tiada | Gaya kepimpinan seseorang pengurus yang melepaskan tanggungjawab dalam membuat keputusan kepada orang bawahannya. |
| control report | laporan kawal | Pentadbiran | Tiada | Laporan yang disediakan oleh seorang pengurus kanan dengan memeriksa, menilai dan meneliti prestasi pegawai atau orang bawahannya. |
| management executive | eksekutif pengurusan | Pentadbiran | Tiada | Pegawai yang telah diberi kuasa oleh pihak pengurusan untuk menyempurnakan sesuatu tugas dan bertanggungjawab terhadap pekerja bawahannya. |
| administrative officer | pegawai tadbir | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pegawai yang bertanggungjawab menguruskan hal-ehwal pentadbiran sesebuah organisasi. Tugas dan fungsi mereka adalah berdasarkan bentuk struktur organisasi sesebuah jabatan. Pegawai Tadbir bertanggungjawab membuat keputusan, memimpin kakitangan bawahannya, melaksanakan dasar dan mengkoordinasikan aktiviti jabatan. Contohnya, Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan seorang Pegawai Tadbir yang bertanggungjawab menguruskan hal-ehwal pentadbiran kerajaan. |
| administrative hierarchy | hierarki pentadbiran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Peringkat kepentingan individu dalam sesebuah organisasi pentadbiran yang merangkumi suatu sistem yang mengagihkan kuasa, keutamaan dan kewibawaan secara sistematik. Struktur ini biasanya digambarkan dalam bentuk piramid. Kedudukan yang paling atas merupakan yang paling berkuasa dan kakitangan bawahannya bertanggungjawab terhadap pelaksanaan perancangan organisasi. Istilah hierarki diambil daripada perkataan Greek yang membawa maksud peraturan yang suci. Hierarki ialah sistem pentadbiran dalam birokrasi berdasarkan prinsip jalinan tanggungjawab dan rantaian kawalan. |