| web cam | kamera web | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Kamera video digital kecil beresolusi rendah yang dibina di dalam komputer peribadi atau disambung secara luaran. Imej video ini boleh digunakan untuk aplikasi web seperti sidang video atau pemesejan segera. |
| EGA (enhanced graphics adapter) | EGA (penyesuai grafik dipertingkat) | Teknologi Maklumat | Tiada | Piawaian grafik warna yang beresolusi 640 x 350 serta boleh memaparkan 64 warna. |
| electron microscopy | mikroskopi elektron | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah yang digunakan untuk mendapatkan imej sampel beresolusi tinggi melalui mikroskop elektron bagi mengkaji struktur permukaan bahan. |
| phototypesetter | fotopengatur huruf | Teknologi Maklumat | Tiada | Sejenis peranti yang menggunakan kaedah fotokomposisi untuk menghasilkan dokumen teks beresolusi tinggi sehingga 2540 dpi. Jika peranti ini berkebolehan mengeluarkan teks dan imej separuh ton peranti ini dipanggil pengeset imej. |
| VGA (video graphic array) | VGA (tatasusunan grafik video) | Teknologi Maklumat | Tiada | Piawaian minimum untuk paparan video PC yang beresolusi 640 x 480(16 warna) atau 320 x 200 (256 warna). |
| ion milling | pengisaran ion | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Proses menyingkirkan lapisan permukaan bahan bagi mendedahkan permukaan asal bahan untuk pencirian imej beresolusi tinggi seperti pencirian menggunakan TEM. |
| three dimension field emission scanning electron microscope (3D FESEM) | mikroskop elektron pengimbasan tiga dimensi (3D FESEM) | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Alat pengimejan beresolusi tinggi yang terdapat pada FESEM dengan maklumat kuantitatif metrologi permukaan. Lihat juga mikroskop pengimbasan elektron pancaran medan (FESEM). |
| variable pressure scanning electron microscopy (VPSEM) | mikroskopi elektron pengimbasan tekanan berubah (VPSEM) | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah yang digunakan untuk menghasilkan imej beresolusi tinggi yang berasaskan tekanan yang tinggi dan membolehkan sampel tanpa salutan konduksian dapat dianalisis |
| three dimensional scanning electron microscopy (3D SEM) | mikroskop elektron pengimbasan pancaran medan tiga dimensi (3D SEM) | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah gabungan pengimejan beresolusi tinggi yang terdapat pada SEM dengan maklumat kuantitatif metrologi permukaan. |
| pixel | piksel | Teknologi Maklumat | Tiada | Singkatan kepada picture element (unsur gambar). Unsur gambar yang terkecil yang skrin monitor boleh paparkan. Lokasi piksel ditentukan oleh koordinat (baris, lajur). Resolusi imej yang tinggi mempunyai bilangan piksel yang banyak. Contohnya, skrin monitor yang beresolusi 1024 x 768 mempunyai 786,432 piksel iaitu 1024 lajur piksel dan 768 baris piksel. Jika skrin monokrom satu piksel dibentuk oleh satu dot. Jika skrin warna satu piksel dibentuk oleh tiga dot (merah, hijau, biru). |