Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergantung pada

Puisi
 

Lotong-lotong bunyi rebana,
     Layang-layang talinya benang;
Kami bertanya pada kakanda,
     Langit bergantung mana talinya?


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Bergantung pada tali rapuh.

Bermaksud :

Menyandarkan hidupnya pada orang (jabatan, pekerjaan dan sebagainya) yang kurang kuat atau tidak tetap.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pseudocritical temperaturesuhu pseudokritikalKejuruteraanKejuruteraan KimiaSuhu tak kritikal sebenar sesuatu campuran yang bergantung pada kandungan dan jenis molekul campuran. Suhu pseudokritikal menjelaskan suhu kritikal yang bergantung pada daya antara molekul di dalam sesuatu campuran.
pseudocritical pressuretekanan pseudokritikalKejuruteraanKejuruteraan KimiaTekanan tak kritikal sebenar sesuatu campuran yang bergantung pada kandungan dan jenis molekul campuran. Tekanan pseudokritikal menjelaskan tekanan kritikal yang bergantung pada daya antara molekul di dalam sesuatu campuran.
state functionfungsi keadaanKejuruteraanKejuruteraan KimiaFungsi yang menyatakan sifat seperti isi padu, tekanan, suhu, tenaga dalaman, entropi, entalpi, dan lain-lain yang tidak bergantung pada sejarah atau laluan untuk mencapai sesuatu keadaan. Sifat ini hanya bergantung pada keadaan semasa dan boleh dijelaskan sebagai satu titik di atas graf. Misalnya, entropi yang bergantung pada tenaga sistem dan keadaan tertentu, seperti keadaan keseimbangan.
dependency behaviortingkah laku kebergantunganPsikologiPsikologi UmumTingkah laku yang banyak bergantung pada orang lain atau masyarakat. Kebanyakan tingkah laku individu ini ditentukan oleh orang lain sehingga menyebabkan kepercayaan dirinya berkurangan. Contohnya, kanak-kanak yang terlalu bergantung pada ibu bapanya sehingga gagal membuat sesuatu keputusan sekalipun keputusan yang mudah.
nanoparticle reactivitykereaktifan nanozarahFizikNanoteknologiKeaktifan suatu gugusan nanozarah untuk bertindak balas dengan nanozarah jenis lain. Oleh sebab struktur elektronik nanozarah bergantung pada saiznya, maka kereaktifannya juga bergantung pada saiz. Contohnya, nanozarah emas lebih reaktif untuk bertindak balas sebagai pemangkin apabila saiznya sekitar 1 nm - 10 nm.
dependent variablepemboleh ubah bersandarMatematikTiadaPemboleh ubah yang nilainya bergantung pada nilai pemboleh ubah tak bersandar. Diberi suatu fungsi f, dengan pemboleh ubah x mewakili nilai dalam domain dan pemboleh ubah y mewakili nilai f(x), ditulis y = f(x). Nilai y bergantung pada nilai x ; y dikenali sebagai pemboleh ubah bersandar dan x dikenali sebagai pemboleh ubah tak bersandar. Dengan ini, y dikatakan satu fungsi bagi pemboleh ubah tak bersandar, x. Misalnya, dalam rumus y = x + 2, pemboleh ubah tak bersandar ialah x, manakala pemboleh ubah bersandar ialah y, dan y ialah fungsi bagi pemboleh ubah x.
quadratkuadratBiologiEkologiKawasan kecil yang berbentuk segi empat yang digunakan untuk mengkaji kepadatan dan kepelbagaian spesies. Sampel yang diambil bergantung pada keamatan dan frekuensi sesuatu spesies yang dikaji. Manakala bilangan kuadrat yang digunakan bergantung pada kehadiran spesies yang dikaji.
colligative propertysifat koligatifFarmasiFarmaseutikCiri satu zat larutan yang tidak meruap yang larut di dalam satu pelarut dan proses pelarutan tersebut tidak bergantung pada sifat zat berkenaan. Proses larutan itu hanya bergantung pada kepekatan partikel zat larutan yang berkenaan. Contohnya, tekanan osmosis.
datagramdatagramTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPaket tersendiri atau entiti data bebas yang maklumat untuk dihalakan dari komputer sumber ke komputer destinasi tanpa bergantung pada pertukaran terdahulu antara komputer sumber, komputer destinasi dan rangkaian itu sendiri. Paket ini tidak bergantung pada pertukaran terdahulu kerana tiada hubungan jangka masa yang tetap antara dua titik hubungan ini seperti suara perbualan telefon.
neutron radiographyradiografi neutronTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikTeknik radiografi yang menggunakan neutron sebagai punca sinaran. Penyerapan sinar-X dan sinar gama secara langsung bergantung pada nombor atom dan ketumpatan bahan, manakala penyerapan neutron bergantung pada elemen bahan. Contohnya, bahan organik atau air jelas kelihatan dalam radiografi neutron kerana kandungan hidrogen yang tinggi, manakala struktur bahan seperti aluminium dan keluli adalah hampir telus.
12345678910...

Kembali ke atas