| bestiary | bestiari | Kesusasteraan | Tiada | Karya didaktik yang berkaitan dengan sifat semula jadi atau sifat luar biasa binatang. Karya didaktik biasanya dalam bentuk puisi dan prosa. Binatang yang berkenaan biasanya memiliki separuh bentuk badan binatang biasa dan separuh bentuk yang luar biasa. Contohnya, kuda atau kan yang berkepalakan manusia. Tradisi cerita bestiari bermula sejak zaman Greek dalam karya berjudul Physiologus 2-4 AD), dan karya ini tersebar ke seluruh dunia. Antara binatang yang sering menjadi bahan cerita ialah phoenix, unicorn, dan siren. Umumnya, binatang yang menjadi bahan cerita hanya hidup dalam kepercayaan, mitos, dan legenda. Cerita sering dikaitkan dengan unsur alam kayangan, kedewaan, dan kepercayaan agama. Sebahagian daripada binatang tersebut masih wujud dan kekal dalam pelbagai koleksi cerita kanak-kanak yang bersifat didaktik dengan pelbagai pengajaran moral. Cerita bestiari dalam kesusasteraan Melayu dapat ditemui dalam pelbagai cerita hikayat yang berkaitan dengan jin, raksasa, gergasi atau binatang aneh yang memili |
| thermostatic air cleaner | pembersih udara bertermostat | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Pembersih udara yang mempunyai injap bertermostat yang berfungsi untuk mengawal aliran udara masuk melaluinya ke kebuk pembakaran. Semasa enjin sejuk, injap akan membenar- kan udara yang dipanaskan oleh pancarongga ekzos mengalir masuk ke pembersih udara. Injap ini akan tertutup perlahan- lahan apabila mencapai suhu operasinya dan menyebabkan aliran udara masuk seperti biasa. Keadaan ini menyebabkan suhu udara yang masuk lebih tinggi untuk pembakaran yang lebih cekap. |
| antifibrinolitic | antifibrinolisis | Farmasi | Farmakologi | 1. Berk.aitan dengan merencat atau menghalang fibrinolisis atau mengurangkan penguraian fibrin. 2. Agen yang merencat atau menghalang fibrinolisis. Agen ini berfungsi dengan mengganggu pembentukan enzim fibrinolitik plasmin daripada plasminogen oleh pengaktif plasminogen di permukaan fibrin. Agen ini menghalang tapak ikatan plasminogen dan seterusnya menghenti.kan pembentukan plasmin. Contoh agen ini ialah asid aminokaproik dan asid traneksamik yang biasa digunakan dalam rawatan menorhagia dan pendarahan. |
| antifilarial | antlfllaria | Farmasi | Farmakologi | 1.Berkaitan dengan memusnabkan atau membunuh filaria. Filaria ialah sejenis cacing daripada famili Filariidae yang hidup dalam darah dan tisu haiwan vertebrat yang mengakibatkan penyakit filariasis, biasanya disebarkan oleb serangga seperti nyamuk. 2. Agen yang merencat atau menghalang fibrinolisis. Agen ini berfungsi dengan mengganggu pembentukan enzim fibrinolitik plasmin daripada plasminogen oleh pengaktif plasminogen di permukaan fibrin. Agen ini menghalang tapak ikatan plasminogen dan seterusnya menghenti.kan pembentukan plasmin. Contoh agen ini ialah asid aminokaproik dan asid traneksamik yang biasa digunakan dalam rawatan menorhagia dan pendarahan. |