Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukan tempatan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
intensive use zonezon penggunaan intensifPerikananTiadaKawasan laut yang diwartakan bagi tujuan penangkapan ikan secara intensif dengan menggunakan peralatan moden. Contohnya, penggunaan peralatan seperti pukat jerut, dan pukat tunda di kawasan yang produktif sahaja yang dibenarkan. Kebenaran untuk beroperasi dalam zon ini diberikan kepada nelayan yang berkemampuan dari segi teknologi sama ada dalam kalangan nelayan tempatan atau nelayan bukan tempatan.
foreign labourpekerja asingEkonomiTiadaPekerja yang bukan penduduk tempatan.
foreign technologyteknologi asingEkonomiTiadaTeknologi yang berasal daripada negara luar dan bukan ciptaan tempatan.
Internet telephonytelefoni InternetTeknologi MaklumatTiadaSet perkakasan dan perisian yang digunakan untuk melakukan panggilan atau faks ke serata dunia dengan menggunakan rangkaian Internet sebagai ganti talian telefon. Ia lebih murah berbanding dengan talian telefon biasa kerana melibatkan panggilan tempatan dan bukan panggilan antarabangsa. Contohnya, panggilan ke Australia cuma RM0.29 seminit melalui telefoni Internet berbanding dengan panggilan telefon biasa yang berharga RM0.90 seminit melalui talian telefon biasa. Walau bagaimanapun, kualiti panggilannya lebih rendah. Sistem telefoni Internet terdiri daripada komponen berikut : a)peranti akhir seperti telefon biasa, komputer multimedia atau terminal khusus b) get laluan untuk menterjemah data audio kepada digital dan sebaliknya danc)proksi yang menguruskan panggilan secara berpusat d) unit persidangan berbilang titik.
marketing public relationsperhubungan awam pemasaranKomunikasiKorporatKaedah komunikasi yang digunakan dalam perhubungan awam. Kaedah ini melibatkan hubungan organisasi dengan pengguna atau khalayak lain seperti badan kerajaan, pembekal,media, pekerja, bahan bukan kerajaan, atau masyarakat tempatan untuk menguruskan penyebaran maklumat pemasaran dan hal lain yang berorientasikan pasaran. Skop bidang tugas ditentukan oleh objektif dan falsafah pemasaran syarikat atau organisasi berkenaan. Kebanyakan aktiviti per - hubungan awam pemasaran dikendalikan oleh organisasi yang mempunyai kecenderungan aktiviti dalam pemasaran barangan dan perkhidmatan.
general obligation bondbon tanggungan amPentadbiran PerniagaanTiadaBon perbendaharaan atau pihak berkuasa tempatan yang disokong sepenuhnya oleh kepercayaan atau keutuhan kredit pihak penerbit bukan atas hasil sesuatu projek.
nonbasic activitieskegiatan bukan asasSosiologiTiadaKegiatan menyediakan barangan keperluan penduduk yang tinggal dalam had sempadan ekonomi sesuatu masyarakat. Ia tidak mengeksport apa-apa barangan akhir atau perkhidmatan tetapi pada asasnya skop pengeluaran dan kawasan pasarannya adalah bersifat tempatan.
autochthonous floratumbuhan asliPertanianAgronomi

Tumbuhan tempatan atau tumbuhan yang berasal dari wilayah tertentu. Contohnya, rambutan, durian dan kelapa ialah tumbuhan asli di Malaysia, manakala getah dan kelapa sawit bukan tumbuhan asli kerana telah di bawa masing-masing dari Brazil dan Afrika.

recording trunkpokok rakamanKejuruteraanTiadaSesalur yang memanjang dari pejabat pusat tempatan atau ibu sawat cawangan swasta ke pejabat tol, yang digunakan hanya untuk perhubungan dengan pengendali-pengendali tol dan bukan untuk melengkapkan sambungan-sambungan tol.
non-basic activitiesaktiviti bukan asasPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKegiatan menyediakan barangan keperluan penduduk yang tinggal dalam had sempadan ekonomi sesuatu masyarakat. Ia tidak mengeksport apa-apa barangan akhir atau perkhidmatan tetapi pada asasnya skop pengeluaran dan kawasan pasarannya adalah bersifat tempatan.
12

Kembali ke atas