Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bum.bu.ngan] | بومبوڠن

Definisi : bahagian atas sebelah luar rumah, kereta, dsb yg menahan hujan dan cahaya matahari drpd masuk ke dlm, atap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bum.bu.ngan] | بومبوڠن

Definisi : 1 bahagian rumah yg di atas sekali; kemuncak rumah: ~ rumah di sana kebanyakannya rata saja. 2 = tulang ~ kayu yg dipasang memanjang pd kemuncak rumah utk menyangga kasau. 3 atap rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bumbungan

Puisi
 

Ayam putih manuk siapa,
     Gadis Melaka atas bumbungan;
Tubuhlah putih anak siapa;
     Manislah mata si peruntungan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

469

If you play with fire, you get burned

Jangan melakukan sesuatu yang boleh menyusahkan diri kelak.

Meletakkan api di bumbungan

The minister could not longer conceal his anger when the manufacturers insisted on not increasing their sugar production during the fasting month. He warned them if you play with fire, you get burned , if they did not want any stern action taken against them.

Menteri itu tidak dapat menyembunyikan kemarahannya lagi apabila pengilang terus berdegil untuk tidak meningkatkan lagi pengeluaran gula dalam bulan Ramadzan ini. Beliau mengingatkan mereka supaya jangan meletakkan api di bumbungan jika tidak mahu tindak

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rooftop gardentaman bumbunganLandskapTiadaKawasan hijau yang ditanam di peringkat teratas bagi struktur perindustrian, komersial dan kediaman.
roof gardentaman bumbunganPenilaian Harta TanahTiadaTiada
rooftop rainwater harvestingpenuaian air hujan bumbunganAlam SekitarTiadaKaedah mengumpulkan air hujan dari kawasan tadahan bumbung dan disimpan dalam takungan. Air hujan yang dituai dapat disimpan dalam takungan air bawah tanah dengan menggunakan teknik pengisian semula buatan untuk memenuhi keperluan isi rumah melalui penyimpanan di dalam tangki.
seicheseicheSainsHidrometeorologi1. Ayunan gelombang pegun badan air yang tertutup yang berterusan seperti ayunan bandul, selepas daya asal berhenti bertindak. Daya ini mungkin seismik atau daya atmosfera. 2. Ayunan satu bendalir sebagai gerak balas terhadap daya gangguan yang mempunyai frekuensi yang sama dengan frekuensi semula jadi bagi sistem bendalir itu. Pasang surut dianggap sebagai seiche yang diaruh terutamanya oleh daya berkala yang disebabkan oleh matahari dan bulan. 3. Di kawasan Great Lakes, sebarang bumbungan serta-merta air di pelabuhan atau di tasik sama ada berayun ataupun tidak. Walaupun tidak tepat dalam erti kata yang khusus, kegunaan istilah ini sudah mantap di kawasan Great Lakes.
seichesseicheMeteorologiMeteorologi Perhubungan1. Ayunan gelombang pegun badan air yang tertutup berterusan seperti ayunan bandul, selepas daya asal berhenti bertindak. Daya ini mungkin seismik atau daya atmosfera. 2. Ayunan satu bendalir sebagai gerak balas terhadap daya gangguan yang mempunyai frekuensi yang sama dengan frekuensi semula jadi bagi sistem bendalir itu. Pasang surut dianggap sebagai seiche yang diaruh terutamanya oleh daya berkala yang disebabkan oleh matahari dan bulan. 3. Di kawasan Great Lakes, sebarang bumbungan serta-merta air di pelabuhan atau di tasik sama ada berayun ataupun tidak. Walaupun tidak tepat dalam erti kata yang khusus, kegunaan istilah ini sudah mantap di kawasan Great Lakes.

Kembali ke atas