| pros and cons | sokongan dan tentangan; buruk dan baiknya | Sejarah | Tiada | Hal-hal yang mempunyai kesan-kesan buruk dan baiknya. |
| resistance | rintangan | Perubatan | Tiada | 1. Keupayaan semula jadi individu atau mikroorganisma untuk menghindar kesan-kesan buruk daripada agen toksik, seperti racun dan mikroorganisma patogen. 2. Dalam psikoanalisis, menghindarkan ingatan peristiwa buruk yang terpendam daripada muncul semula dan dirasai. Lihat juga represi (1). |
| poor geometry | geometri buruk | Fizik | Atom dan Nuklear | Susunan kedudukan antara sumber fluks zarah nukleus atau sinaran dengan alat pengesan yang dapat mengesan hampir semua zarah yang keluar dari sumber. Susunan ini memberikan sudut bukaan yang besar antara sumber dengan pengesan, kerana kedudukannya amat dekat. Istilah buruk tidak bermaksud menghasilkan pengukuran yang kurang baik, bahkan sengaja disusun sedemikian bagi mendapatkan maklumat tertentu. Banding geometri baik. Lihat juga geometri. |
| illicit drug | dadah terharam | Perubatan | Tiada | Dadah yang penggunaannya diharamkan oleh pihak pemerintah kerana dadah tersebut dapat menimbulkan ketagihan atau kesan buruk pada pemikiran, seperti halusinasi dan euforia, yang seterusnya boleh menimbulkan gejala sosial yang buruk. Misalnya, heroin, mofina, LSD (lisergida) dan ganja. |
| nightmare disorder | kecelaruan mimpi ngeri | Psikologi | Psikologi Umum | Kecelaruan tidur yang dicirikan oleh kekerapan mimpi buruk. Dalam mimpi tersebut, individu biasanya berada dalam suasana yang membahayakan atau mengancam kehidupan khususnya pada bahagian kedua peringkat tidur, iaitu pada peringkat gerak mata cepat (REM). Mimpi ini akan mempengaruhi kesejahteraan hidup individu tersebut. Semua individu berkemungkinan mengalami mimpi buruk tetapi mereka yang menghidapi kecelaruan mimpi ngeri akan mengalaminya dengan kerap. Kecelaruan ini dinyatakan dalam DSM-IV nombor 307.47. Sinonim kecelaruan kebimbangan mimpi ngeri. |
| badlands | tanah buruk , tanah tandus | Geologi | Tiada | Satu pandang darat yang dicirikan dengan relief berkelar, gaung-gaung dan permatang yang curam. Pandang darat tersebut dibentukkan oleh hakisan fluvium ke atas batuan-batuan lemah dalam iklim separa gersang. |
| poll evil | buruk pol | Veterinar | Tiada | Tiada |
| bad corner | bucu buruk | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
| bad weather | cuaca buruk | Sukan | Tiada | Keadaan cuaca yang tidak sesuai untuk pelayaran. |
| bad technique | teknik buruk | Pendidikan | Tiada | Tiada |