| Peronema canescens | sungkai | Herba | Botani dan Bioteknologi | Pokok sederhana tinggi dalam famili Verbenaceae dan ketinggiannya mencapai 18 meter. Pokok sungkai hidup liar di belukar dan hutan sekunder. Batangnya perang kekelabuan dan bersisik. Daunnya jenis majmuk pinat dan tersusun setentang. Daun muda berwarna merah keperang-perangan. Jambak bunganya besar dan panjang dan jenis panikel. Bunganya kecil berwarna putih kehijau-hijauan. Buahnya jenis kapsul yang mengandungi empat ruang, dan bijinya kecil dan banyak. Daunnya pahit dan jusnya boleh dibuat ubat demam. Air rebusan daun dibuat mandian untuk mengubati demam panas. Daun yang ditumbuk bersama-sama beras dijadikan bedak sejuk. Daun yang dilumatkan dibuat pupuk untuk merawat penyakit reumatik. Daun yang dicampurkan dengan sedikit kapur dipupuk pada perut untuk mengubati sakit perut. |