| bestiary | bestiari | Kesusasteraan | Tiada | Karya didaktik yang berkaitan dengan sifat semula jadi atau sifat luar biasa binatang. Karya didaktik biasanya dalam bentuk puisi dan prosa. Binatang yang berkenaan biasanya memiliki separuh bentuk badan binatang biasa dan separuh bentuk yang luar biasa. Contohnya, kuda atau kan yang berkepalakan manusia. Tradisi cerita bestiari bermula sejak zaman Greek dalam karya berjudul Physiologus 2-4 AD), dan karya ini tersebar ke seluruh dunia. Antara binatang yang sering menjadi bahan cerita ialah phoenix, unicorn, dan siren. Umumnya, binatang yang menjadi bahan cerita hanya hidup dalam kepercayaan, mitos, dan legenda. Cerita sering dikaitkan dengan unsur alam kayangan, kedewaan, dan kepercayaan agama. Sebahagian daripada binatang tersebut masih wujud dan kekal dalam pelbagai koleksi cerita kanak-kanak yang bersifat didaktik dengan pelbagai pengajaran moral. Cerita bestiari dalam kesusasteraan Melayu dapat ditemui dalam pelbagai cerita hikayat yang berkaitan dengan jin, raksasa, gergasi atau binatang aneh yang memili |
| nang kalun | nang kalun | Muzik | Tiada | Wayang kulit Kemboja yang berasaskan cerita epik Reamker atau Ramayana dan Jataka tentang kehidupan dan falsafah Buddha. Wayang ini menggunakan patung kecil yang dimainkan oleh seorang dalang. Teknik bermain wayang ini sama dengan teknik bermain nang talung di Thailand. Teater ini juga dinamai ayang yang berasal daripada perkataan wayang. Sinonim nang sbek touch, ayang. Lihat juga nang tailing,
|
| scenario | senario | Muzik | Tiada | Libretto ringkas yang memberikan satu rumusan tentang kandungan cerita, watak utama dan adegan drama. |
| ketoprak | ketoprak | Muzik | Tiada | Teater opera dari Yogjakarta, Jawa Tengah yang menggabungkan muzik, dialog, lakonan dan tarian. Teater ini wujud pada abad ke-19 dan dipersembahkan di pentas prosenium untuk hiburan rakyat jelata. Ceritanya berkisarkan golongan bangsawan dari Jawa, Arab, China dan Eropah. Ensembel gamelan Jawa mengiringi nyanyian dan cerita dalam teater ini. Ketoprak mempunyai ciri persamaan dalam gaya pementasan dengan opera lain yang terdapat di Asia Tenggara seperti stam-bul di Jawa Tengah, ludruk di Jawa Timur, zarzuela di Fili-pina, likay di Thailand, bangsawan di Malaysia d |