Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jaya
Kata Terbitan : berjaya, menjayakan, kejayaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reinforcement machine learningpengukuhan pembelajaran mesinSTEMTiadaKaedah pembelajaran mesin yang melatih komputer secara teknik cuba-jaya dengan memberikan ganjaran atau hukuman berdasarkan input yang diberikan untuk membolehkan komputer membuat keputusan.
pembelajaran pengukuhanreinforcement learningKecerdasan BuatanPembelajaranKaedah pembelajaran mesin yang melatih ejen membuat keputusan melalui interaksi cuba-jaya dengan persekitaran. Setiap tindakan ejen dinilai melalui maklum balas dalam bentuk ganjaran atau denda; tindakan yang menerima ganjaran akan diperkukuh manakala tindakan yang menghasilkan denda akan dilaraskan atau diabaikan. Matlamat ejen adalah mengenal pasti strategi yang memaksimumkan ganjaran terkumpul dari semasa ke semasa. Pembelajaran mesin jenis ini sesuai untuk melatih ejen dalam persekitaran yang kompleks dan dinamik serta membangunkan sistem cerdas dan autonomi. Contoh alkhwarizmi pembelajaran pengukuhan termasuk proses keputusan Markov (MDP), pembelajaran-Q dan pengaturcaraan dinamik.
innovative organizationorganisasi inovatifPengurusanPerancanganOrganisasi yang sentiasa menggalakkan penerokaan pengetahuan baharu dan menghasilkan idea serta produk yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak semasa, terutamanya yang dapat menyelesaikan masalah. Malahan, organisasi ini menganggap kegagalan sebagai satu proses pembelajaran untuk membaiki kesilapan. Nilai asas perniagaan yang menekankan inovasi adalah penting bagi pembangunan berterusan sesebuah organisasi yang mapan. Aktiviti yang menggalakkan usaha berbentuk �cuba-jaya� dan berdaya kreatif adalah antara pendekatan yang kerap dilihat wujud dalam sesebuah organisasi inovatif, contohnya syarikat yang berasaskan perisian dan pengurusan maklumat. Bagi menggalakkan budaya inovatif dalam kalangan pekerja, syarikat ini perlu mereka bentuk persekitaran tempat kerja yang menyerupai sebuah pusat pembelajaran.

Kembali ke atas