| dichlorodifluoromethane | diklorodifluorometana | Kimia | Tiada | Nama dagangan dikenal sebagai Freon 12 dan Areton 12, CCl2F2. |
| commercial fertilizer | baja dagangan | Biologi | Ekologi | Baja yang dibuat di kilang dengan menggunakan bahan-bahan mentah bukan organik. Baja dagangan utama ialah baja nitrogen, fosforus, dan kalium. Baja daganganan di pasaran dijual sebagai baja campuran dan baja sebatian. |
| conifer | konifer | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Tumbuhan yang tergolong dalam order Coniferales dalam divisi Gymnospermae. Tumbuhan ini menghasilkan kon, dan mempunyai daun yang menyerupai jarum atau sisik. Konifer menjadi sumber kayu dagangan, dan lebih dikenali sebagai kayu lembut. Kayu konifer dagangan dari Malaysia ialah damar minyak, sempilur, dan podo. |
| vibroseis | vibroseis | Geologi | Tiada | Nama dagangan untuk kaedah seismik yang penggetarnya digunakan sebagai sumber tenaga untuk menjana pawai gelombang yang frekuensinya terkawal. |
| carbitol | karbitol | Kimia | Tiada | Tanda dagangan untuk eter-alkohol yang takat didihnya tinggi, digunakan sebagai pelarut organik. |
| cellosolve | selosolf | Kimia | Tiada | Tanda dagangan untuk cecair eter-alkohol yang tidak berwarna dan digunakan sebagai pelarut. |
| globar | globar | Kimia | Tiada | Nama dagangan bagi rod silikon karbida, yang apabila dipanaskan oleh arus elektrik, bertindak sebagai jasad hitam yang bersinar. |
| calgon | kalgon | Kimia | Tiada | Tanda dagangan untuk kaca natrium fosfat yang hampir bersamaan komposisinya dengan natrium metafosfat dan banyak digunakan dalam pelembutan air dan sebagai detergen. |
| ionone | ionon | Perubatan | Tiada | Terbitan daripada akar oris yang berbau harum, C13H20O, disediakan secara dagangan daripada sitral dan digunakan sebagai pewangi. |
| pyrex glass | kaca pireks | Kejuruteraan | Tiada | Jenama dagangan bagi kaca-kaca berhak milik iaitu kaca soda-alumina-borosilikat, dengan sangat sedikit alkali dan kandungan silika yang tinggi yang digunakan sebagai kaca tahan haba dan penebat talian. |