| DIY (do it yourself) | Dibuat Individu dengan Yakin (DIY) | Umum | Tiada | Kaedah memasang sendiri peralatan seperti perabot, jentera mudah atau barangan dalam paket. |
| early adopter | pengguna awal | Pentadbiran | Tiada | Kumpulan kedua pengguna yang menggunakan sesuatu keluaran baharu setelah yakin dengan keluaran tersebut. |
| fiat money | wang fiat | Pentadbiran | Tiada | Wang kertas dan duit siling yang diisytiharkan oleh kerajaan sebagai wang, dan orang ramai menerima dengan penuh yakin. |
| self-assertion | penegasan diri | Komunikasi | Korporat | Keupayaan untuk mempamerkan keyakinan diri semasa proses komunikasi. Kesungguhan untuk mempamerkan keterampilan diri ialah sifat asas yang perlu ada dalam diri seseorang terutama ketika melakukan pemujukan dalam proses komunikasi. Kerja yang berkaitan dengan pemujukan banyak diamalkan oleh pegawai penerangan dan perubahan. Contohnya, pegawai penerangan dan perubahan perlu yakin dengan maklumat yang hendak disampaikan dan kemampuan yang ada pada dirinya sebelum melakukan kerja penerangan dan pemujukan kepada orang ramai. Hal ini kerja kedua-dua elemen ini boleh membentuk sifat penegasan diri yang seterusnya boleh menyebabkan khalayak yakin dan percaya dengan maklumat yang disampaikan. |
| indeterminacy | ketidaktetapan | Kesusasteraan | Tiada | Ketidakstabilan makna dalam teks sastera. Hal ini berlainan dengan pegangan tradisi lama yang begitu yakin bahawa makna wujud dalam teks dan dijana oleh konteks. Menurut persepsi baharu ini, konteks dianggap sebagai keadaan yang mencipta tekstualiti dan sesuatu yang telah dibuktikan tidak stabil. Oleh itu, konteks tidak boleh digunakan sebagai petunjuk makna yang mutlak dalam sesebuah teks. Istilah ketidaktetapan muncul daripada kritikan pascastruktural. |
| legitimacy | keabsahan | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Konsep yang menjelaskan kesahan penerimaan kuasa secara sah oleh rakyat. Sumber sah sesuatu kuasa terbahagi kepada tiga, iaitu tradisional, karisma dan rasional perundangan. Contohnya, sistem beraja Negara Brunei Darussalam disahkan kerana tradisi yang masih kekal. Menurut S.M. Lipset pula, keabsahan melibatkan keupayaan sesebuah sistem politik membangkitkan dan mengekalkan kepercayaan ramai bahawa institusi politik yang ada merupakan institusi paling sesuai bagi masyarakat tersebut. Masalah timbul apabila terdapat pihak yang tidak yakin dengan institusi politik dan struktur kuasa yang ada. Contohnya, keadaan yang dialami oleh penduduk Quebec di Kanada dan pergolakan yang berlaku di Ireland Utara. |
| information disclosure | dedahan maklumat | Ekonomi | Tiada | Penyampaian maklumat tentang keluaran dan piawaiannya kepada bakal pembeli dengan tujuan membuat pembeli itu lebih mengetahui, yakin dan mudah membuat keputusan untuk membelinya. |
| bai‘ salam | jual beli salam | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli yang dilakukan dengan bayaran tunai semasa akad, manakala penyerahan produk ditangguhkan. Jual beli salam hanya bagi produk yang dapat disifatkan secara tepat dari segi bentuk, bilangan, jenis, kualiti dan bukan daripada produk jenis ribawi. Jual beli tempahan juga termasuk dalam jual beli salam sekiranya bayaran diserahkan terlebih dahulu dan produk yang ditempah diterima kemudian. Sekiranya produk belum ada dan tidak yakin boleh disediakan, jual beli ini ditegah dan dikenali sebagai bai‘ ma‘dum. Jual beli salam merupakan pengecualian daripada prinsip am jual beli kerana produk yang hendak dijual belum ada dalam pemilikan penjual, tetapi penjual berkeupayaan untuk menyediakannya. Sinonim bai‘ salaf. |
| phenomenology | fenomenologi | Kesusasteraan | Tiada | Perspektif dan metodologi untuk menyelidik sesuatu fenomena. Fenomena berkaitan dengan sesuatu perkara yang disedari oleh kesedaran manusia secara terus tanpa anggapan a priori atau anggapan yang dibuat sebelumnya. Metodologi ini menekankan peranan kesedaran seseorang pengamat sebagi paksi. Fenomenologi merupakan gerakan falsafah awal pada abad ke-20 yang diasaskan oleh ahli falsafah jerman, Edmund Husserl (1959-1939). Menurut Husserl, objek penyiasatan falsafah yang sebenar bukanlah sekadar sesuatu yang dapat dikesan oleh deria, tetapi lebih merupakan isi kandungan kesedaran a priori seseorang tentang sesuatu. Dengan menyiasat keadaan dan proses mental dan intelektual secara terperinci, Husserl yakin bahawa sifat asas atau kesedaran seseorang atau sesuatu fenomena dapat didedahkan. Implikasinya adalah terhadap kesedaran seseorang pengamat yang merupakan punca dan pusat kepada makna dan ilmu. Dalam kritikan penghayatan karya dan penelitian sifat asas dan inti patinya. Oleh itu, kritikan sastera fenomenologi m |