| justiciability disputes | pertikaian boleh diadili | Undang-undang | Tiada | Tiada |
| justifiable dispute | pertikaian boleh diadili | Undang-undang | Tiada | Tiada |
| non-justiciable dispute | pertikaian tak boleh diadili | Geografi | Tiada | Tiada |
| non-justiciable dispute | pertikaian tak boleh diadili | Undang-undang | Tiada | Tiada |
| justiciablility | kebolehadilan | Undang-undang | Tiada | Kesesuaian sesuatu perkara untuk diadili melalui proses kehakiman. |
| habeas corpus | habeas corpus | Sains Politik | Politik Perbandingan | Prosedur yang dilaksanakan terhadap seseorang yang dituduh, diadili, disabitkan kesalahan atau dibebaskan. Mahkamah mempunyai kuasa memberi mandat kepada pihak berkuasa untuk menjalankan pertuduhan ini. Melalui habeas corpusiini, seseorang yang ditahan itu berhak mendapatkan khidmat peguam dan dibawa ke meja pengadilan. Sebarang tahanan tanpa perbicaraan dianggap salah dan melanggar undang-undang. Dengan ini, dapat mengelakkan tertuduh daripada dipenjara tanpa arahan mahkamah. Tuntutan ini boleh dikemukakan oleh tertuduh sendiri, keluarganya atau pihak ketiga. |
| extradition | serah balik | Sejarah | Tiada | Penyerahan atau penghantaran balik penjenayah menurut peruntukan undang-undang atau perjanjian antara sebuah negara dengan negara yang lain untuk diadili di negara tersebut. |
| extradition | serah balik | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Penyerahan atau penghantaran balik penjenayah menurut peruntukan undang-undang atau perjanjian antara sebuah negara dengan negara yang lain untuk diadili di negara yang menuntut. Prosiding sedemikian tidak dapat dilaksanakan melainkan suatu perjanjian serah balik dimeterai terlebih dahulu dengan negara asing berkenaan. Terdapat beberapa peraturan yang digariskan oleh undang-undang antarabangsa mengenai serah balik. Contohnya, perbuatan yang dilakukan oleh individu yang diserah balik itu hendaklah merupakan satu jenayah di kedua-dua negara yang menyerah balik dan negara yang menuntut. Tiada penjenayah boleh diserah balik kerana suatu kesalahan politik. |
| extraterritoriality | hak wilayah asingan | Sejarah | Tiada | Hak daripada segi undang-undang yang diberikan kepada diplomat dan kedutaan asing, mereka dikecualikan daripada tindakan undang-undang negara yang diduduki dan mereka akan diadili berdasarkan undang-undang negara masing-masing. |
| extraterritorial right | hak wilayah asingan | Sejarah | Tiada | Hak daripada segi undang-undang yang diberikan kepada diplomat dan kedutaan asing, mereka dikecualikan daripada tindakan undang-undang negara yang diduduki dan mereka akan diadili berdasarkan undang-undang negara masing-masing. |