| corak mata bilis | corak mata bilis | Kesenian | Tiada | Corak anyaman berunsur haiwan berbentuk mata ikan bilis, lazimnya dianyam gadas dengan dua warna dan apabila dianyam untuk tikar dinamakan corak mata bilis manakala anyaman pada bakul dan lain-lain dinamakan mata bilis. |
| lekar | lekar | Kesenian | Tiada | Bakul alas yang dianyam daripada rotan, lidi atau bemban dan lain-lain yang digunakan sebagai alas periuk belanga atau pasu. |
| strop | strop | Kejuruteraan | Tiada | Hujung tali yang dianyam menjadi bentuk gelung. |
| hessian | jerami anyaman | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Jerami yang dianyam daripada batang padi ataupun batang gandum selepas dikeringkan. Jerami anyaman mempunyai ciri-ciri resapan air yang baik dan selalu digunakan untuk menutup permukaan konkrit baru semasa proses pengawetan. |
| kerato (Kel.) | kerato (Kel.) | Kesenian | Tiada | Bakul kurungan yang dianyam jarang daripada buluh, berbentuk silinder serta mengecil di bahagian leher, dan bahagian badannya berbentuk labu. Anyaman jarang dan mata bilah halus, mempunyai enam bucu. |
| linagoh (Rgs.) | linagoh (Rgs.) | Kesenian | Tiada | Bakul kandung yang dianyam secara lilitan daripada kulit pohon ribu-ribu, dan kerangkanya dibuat daripada rotan dengan mengikut bentuk yang dikehendaki. |
| sahap (Ken.) | sahap (Ken.) | Kesenian | Tiada | Penutup bakul yang dianyam daripada rotan atau kulit kayu dan bertelinga, digunakan untuk menuai padi. |
| aab Kel. | aab Kel. | Kesenian | Tiada | Penutup bakul yang dianyam daripada rotan atau kulit kayu dan bertelinga, digunakan untuk menuai padi. |
| fly | serangga tiruan | Perikanan | Tiada | Umpan yang menyerupai serangga, yang dianyam menggunakan bulu, serat, benang atau bahan sintetik dan dibalut pada lengan kail untuk dijadikan umpan pancing layang. |
| seraung (Br.) | seraung (Br.) | Kesenian | Tiada | Penutup kepala berbentuk kon yang dianyam daripada rotan atau buluh. Biasannya penutup kepala ini digunakan oleh kaum wanita sebagai pelindung matahari semasa bertani. |