| narrative | naratif | Kesusasteraan | Tiada | Kisah yang diceritakan dalam bentuk lisan atau tulisan tentang peristiwa, kejadian atau pengalaman. |
| heroic legends | legenda wiraan | Kesusasteraan | Tiada | Kisah kepahlawanan seseorang tokoh yang diceritakan secara berlebih-lebihan walaupun ada kesahihannya dari segi sejarah. Contoh: Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah dan Badang dalam Sejarah Melayu. |
| tall tales | cerita karut | Kesusasteraan | Tiada | Cerita-cerita lucu yang menggunakan unsur-unsur kejadian sebenar dan diceritakan kembali sehingga menjadi cerita yang tidak munasabah dan tidak boleh diterima akal. Contoh: cerita Selempang Merah dan cerita Datok Bahaman menyeberangi sungai Pahang. |
| narrator witness | pengisah saksi | Kesusasteraan | Tiada | Pengisah (pengarang) yang menjadi salah seorang watak dalam kisah atau peristiwa yang diceritakan dalam sesebuah karya. Sebagai seorang watak, pengisah turut terlibat serta menyaksikan segala kisah atau kejadian yang berlaku seperti yang digambarkan dalam karya tersebut. |
| drama | drama | Kesusasteraan | Tiada | Istilah ini berasal daripada perkataan Greek dran, bermaksud melakukan, melakonkan, mencapai. Ada tiga unsur yang perlu iaitu cerita, diceritakan dalam bentuk lakonan dan Pelaku yang memainkan peranan sebagai watak dalam cerita. |
| catch tales | cerita olok-olok | Kesusasteraan | Tiada | Cerita-cerita mudah yang direka sekadar untuk bercerita tanpa sebarang tujuan. Contoh: cerita-cerita yang diceritakan oleh nenek sewaktu menidurkan cucu-cucunya. |
| metaphorical solution | penyelesaian kiasan | Kesusasteraan | Tiada | Peleraian kisah yang dibuat secara kiasan, analogi atau perbandingan melalui imej yang mempunyai keselarian dan perkaitan makna dengan kisah yang diceritakan. Sesetengah pengarang membuat peleraian terhadap sesuatu permasalahan dalam karya mereka secara lebih kreatif melalui unsur metafora tetapi tidak secara terus. Cara ini akan melahirkan kesan keindahan dalam karya dan berupaya mengerakkan minda pembaca untuk berfikir secara kritis. Contohnya, novel Seluang Menodak Baung karya Shahnon Ahmad. Ribut yang melanda Kampung Ternas pada akhir cerita tersebut boleh dianggap sebagai penyelesaian kiasan kepada pergolakan antara tradisi dalam pembaharuan. |
| panoramic method | kaedah panorama | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah bercerita yang memaparkan suasana sesuatu tempat atau peristiwa secara ringkas dan umum.Pengarang biasanya menggunakan kaedah ini dari perspektif yang luas. Kaedah bercerita tidak memerlukan perincian yang teliti tentang sesuatu hal yang diceritakan itu. Kaedah ini membolehkan pengarang berubah dari satu latar atau peristiwa lain secara cepat. Biasanya, pengarang yang menggunakan kaedah ini akan menulis karya berasaskan sudut pandangan serba tahu. Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur karya Keris Mas banyak menggunakan kaedah panorama. Latar kampung atau suasana kehidupan bandar dalam novel tersebut hanya diberikan gambaran secara umum dan luas. Lihat juga sudut pandangan serba tahu. |
| legend | legenda | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang memerikan secara berlebih-lebihan tokoh tertentu yang benar-benar wujud. Tokoh terdiri daripada ulama, wali, pemimpin, pahlawan atau wira yang popular. Legenda merupakan salah satu jenis sastera rakyat yang tersohor, dan sering kali dikaitkan dengan �tanda alam� di tempat berlakunya peristiwa penting yang diceritakan. Unsur luar biasa dan misteri menjadi ciri penting dalam legenda. Cerita legenda berlatarkan masa yang lebih hampir dengan cerita kontemporari, dengan latarnya sering dirujuk. Oleh itu, legenda merupakan satu-satunya genre cerita rakyat yang hidup dan terus dicipta. Legenda hampir sama dengan mitos, disampaikan dengan bahasa yang bersahaja, kadang-kadang bersifat stilistik dan formulaik, walaupun dicipta secara lisan. Namun sifat-sifat lisan tetap ada, contohnya unsur perulangan. Legenda boleh disampaikan oleh sesiapa sahaja dan tidak dihubungkan dengan sesuatu acara khas. Legenda berbentuk longgar, tidak memperlihatkan struktur atau plot yang tipikal dan hampir kesemuanya berbent |
| passion music | muzik passion | Muzik | Tiada | Genre karya dramatik yang bertemakan keagamaan dan popular pada abad ke-16 hingga abad ke-18. Muzik passion bertujuan untuk menyampaikan kisah Nabi Isa seperti yang diceritakan oleh Santo Mathew, Santo Mark, Santo Luke dan Santo John. Muzik passion melibatkan seorang pencerita dan dari segi muzik pula mengandungi aria, resitatif, koral dan korus. Contohnya, St. Matthew Passion, BWV 244 (1727) oleh J.S. Bach. |