Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dikenakan sebagai


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
short ratekadar penaltiKomunikasiKorporatDenda yang dikenakan kepada pengiklan yang telah menandatangani kontrak tempahan ruang atau masa siaran iklan tetapi gagal mematuhi perjanjian tersebut. Denda ini dikenakan sebagai imbuhan kepada kerugian yang dialami oleh agensi penerbitan dan stesen penyiaran kerana tidak dapat memanfaatkan ruang atau masa siaran iklan seperti yang dirancang.
Young''s modulusmodulus YoungKejuruteraanKejuruteraan MekanikUkuran kekakuan sesuatu bahan yang ditakrifkan sebagai nisbah antara tegasan tegangan yang dikenakan terhadap sesuatu bahan berbanding dengan nilai terikan yang terhasil selari dengan arah tegangan yang dikenakan. Nilai ini boleh digunakan untuk mengira ciri bahan yang dikenakan beban dan menganggar pemanjangan dawai apabila diregang atau menganggar beban minimum yang dikenakan terhadap tiang nipis sebelum tiang tersebut bengkok. Ujian yang digunakan untuk mengukur nilai ini ialah ujian tegangan. Bahan yang hendak diuji dikenakan beban secara berkadar. Pemanjangan yang berlaku akibat peningkatan beban dicatat. Ujian ini dilakukan sehingga bahan gagal menampung daya yang dikenakan. Data yang diperoleh kemudiannya digunakan untuk memplot graf tegangan melawan terikan. Kecerunan garisan yang diperoleh daripada graf ini ialah nilai modulus Young khusus untuk bahan yang diuji.
jizyahcukai kepala/jizyahPerniagaan IslamTiadaCukai yang dikenakan kepada orang bukan Islam di negara Islam sebagai jaminan keselamatan. Cukai ini dikenakan selagi individu tersebut tidak memeluk agama Islam. Kadar cukai dikenakan mengikut kemampuan mereka atau berdasarkan budi bicara kerajaan. Pembayar jizyah mempunyai hak yang sama dengan penduduk beragama Islam. Sinonim kharaj jizyah.
additional chargecaj tambahanPentadbiran PerniagaanTiadaBayaran yang dikenakan kepada sesuatu perkhidmatan sebagai tambahan kepada bayaran biasa.
polarogrampolarogramKimiaKimia AnalisisLengkung pengutuban berupa plot arus sebagai fungsi keupayaan yang dikenakan ke atas sel polarografi yang memberikan maklumat kualitatif dan kuantitatif berkenaan komposisi bahan terturun secara elektrolisis pada keupayaan katod tertentu.
electrocatalysispengelektromangkinanKimiaTiada1. Proses penghasilan tenaga elektrik daripada sel kimia yang elektrod bertindak sebagai pengalir arus dan sebagai mangkin.,2. Penguraian kimia tisu disebabkan arus elektrik yang dikenakan pada badan.
too late stampssetem lewatPentadbiran PerniagaanTiadaSetem yang berfungsi sebagai fi tambahan yang dikenakan ke atas mel-mel yang dibawa ke kapal sebelum pelayaran tetapi selepas karung mel telah ditutup dan dipunggah ke dalam kapal.
electroactive mediatorperantara elektroaktifFizikNanoteknologiKompleks multiprotein yang berubah bentuk apabila dikenakan voltan serta bertindak sebagai perantara.
tax sparing provisionperuntukan lepas cukaiPentadbiran PerniagaanTiadaPeruntukan di bawah perjanjian cukai dwihala berkenaan pendapatan yang dikecualikan atau dilepaskan daripada cukai di sebuah negara tetapi dianggap oleh negara kedua sebagai telah dikenakan cukai oleh negara pertama.
sweep oscillatorpengayun sapuanFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanLitar elektron yang menjana voltan atau arus yang biasanya berulang, sebagai fungsi tertentu bagi masa. Bentuk gelombang yang terhasil digunakan sebagai asas masa untuk dikenakan kepada sistem pesongan peranti alur elektron seperti tiub sinar katod.
1234567

Kembali ke atas