| reward | ganjaran | Pentadbiran | Tiada | Pulangan yang diterima oleh seseorang pekerja terhadap kerja yang dilakukannya. |
| divinatio/divination | sangkaan | Kesusasteraan | Tiada | Dugaan yang dibuat oleh penyalin berdasarkan beberapa perbandingan yang dilakukannya. |
| diffusion of responsibility | sebar tanggungjawab | Pentadbiran | Tiada | Kecenderungan individu membuat andaian bahawa pihak lain akan bertanggungjawab terhadap tindakan yang dilakukannya. |
| wage period | tempoh upah | Pentadbiran | Tiada | Jangka masa yang dijangka pihak buruh menerima bayaran daripada pihak majikan terhadap kerja yang telah dilakukannya. |
| individual freedom | kebebasan individu | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan individu yang merdeka daripada sebarang tekanan, penguasaan atau perhambaan. Segala tindakan yang dilakukannya adalah mengikut kehendak sendiri tanpa ditekan oleh kuasa lain. Kebebasan ini merupakan suatu hak dan bukannya kelebihan, dengan ini membolehkan seseorang melakukan sebarang tindakan, mengucapkan sebarang idea serta bebas bergerak. Kebebasan ini secara langsung memberi hak politik kepadanya seperti hak untuk mengundi, menyatakan pendirian politik malah berkempen dan bertanding dalam pilihan raya. Contohnya, kebebasan menyertai sebarang organisasi sukarela. |
| programme card | kad atur cara | Kejuruteraan | Tiada | Kad terpratebuk yang memberikan suruhan kepada mesin tentang langkah-langkah atau operasi yang perlu dilakukannya. |
| nonconservative force | daya tak mengabdi | Mekanik | Gunaan | Daya yang kerja yang dilakukan bersandar pada laluan yang diikuti. Jika daya itu menyesar dari satu titik ke satu titik yang lain, kerja yang dilakukannya bergantung pada dimensi laluan yang diikuti. Dalam ilmu mekanik asas, daya tak mengabadi yang ditemui hanyalah daya geseran. Lihat juga daya abadi. |
| nulla poena sine lege | nulla poena sine lege | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Kaedah yang menetapkan bahawa seseorang tidak boleh dihukum sekiranya tidak ada undang-undang jenayah yang memperuntukkan hukuman bagi apa yang dilakukannya ketika individu tersebut melakukannya. Kaedah ini menghalang undang-undang jenayah daripada dipakai secara ex post facto atau secara ke belakang, supaya jangan ada seseorang yang melakukan suatu perbuatan yang bukan jenayah dan tidak ditetapkan hukumannya ketika ia dilakukan, dan dia dihukum kerana melakukan perbuatan tersebut. Kaedah ini tergabung dalam undang-undang jenayah antarabangsa. Kaedah ini membentuk prinsip kesahihan jenayah. Istilah ini berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud �tiada hukuman tanpa undang-undang�. |
| psychomotor epilepsy | epilepsi psikomotor | Perubatan | Tiada | Sejenis epilepsi yang berkaitan dengan lobus temporal yang berpenyakit, yang dicirikan dengan aktiviti motor dan psikik yang tidak sesuai dari segi masa dan tempat; pesakit tidak sedar tentang apa yang dilakukannya semasa serangan penyakit ini. |
| nullum crimen sine lege | nullum crimen sine lege | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Kaedah yang menetapkan bahawa seseorang tidak melakukan sebarang jenayah dan tidak boleh dihukum sekiranya tidak ada undang-undang jenayah yang memperuntukkan bahawa perbuatan yang dilakukannya itu sebagai satu jenayah ketika individu berkenaan melakukannya. Kaedah ini menghalang undang-undang jenayah daripada dipakai secara ex post facto atau secara ke belakang, supaya jangan ada suatu perbuatan yang bukan jenayah ketika ia dilakukan dijadikan sebagai satu jenayah yang boleh dihukum. Kaedah ini tergabung dalam undang-undang jenayah antarabangsa. Kaedah ini membentuk prinsip kesahihan jenayah. Istilah ini berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud �tiada jenayah tanpa undang-undang�. |