| trade waste | sisa industri | Kejuruteraan | Tiada | Sisa dari premis industri yang akan dilupuskan. |
| disposal value | nilai lupus | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Nilai semasa harta atau aset dilupuskan. |
| remissions (of tax) | pengurangan (cukai) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Cukai atau bayaran yang dikurangkan atau dilupuskan ke atas benda pos. |
| waste separation | pengasingan sisa | Kejuruteraan | Tiada | Proses memisahkan sisa yang boleh dikitar semula atau dilupuskan mengikut jenis dan ciri-ciri kimianya. |
| waste segregation | pengasingan sisa | Kejuruteraan | Tiada | Proses memisahkan sisa yang boleh dikitar semula atau dilupuskan mengikut jenis dan ciri-ciri kimianya. |
| disposal price | harga lupus | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Untuk tujuan cukai untung hartanah, harga yang dikira semasa harta atau aset dilupuskan. |
| digital thread | bebenang digital | STEM | Tiada | Rekod digital sesuatu produk atau sistem yang disimpan sepanjang hayat semenjak dicipta sehingga dilupuskan. Data yang direkodkan digunakan untuk membantu dalam mengoptimumkan sumber, memperbaiki dan menambah baik produk. |
| sludge treatment | olahan enap cemar | Kejuruteraan | Tiada | Proses olahan yang terdiri daripada pemekatan, penyesuaian dan penyahairan ke atas enap cemar sebelum enap cemar itu dilupuskan. |
| palm oil mill effluent | efluen kilang minyak sawit | Pertanian | Agroteknologi | Bahan sisa yang terhasil setelah buah kelapa sawit dikeluarkan minyaknya dan hampasnya diasingkan. Jika dilupuskan di dalam kolam, bahan ini boleh menyebabkan pencemaran kerana mempunyai BOD yang tinggi. Walau bagaimanapun, bahan sisa ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Bahan cecairnya mengandungi banyak bahan organik, termasuk pelbagai jenis gula seperti arabinosa, xilosa, glukosa, galaktosa dan manosa. Bahan pepejalnya pula terdiri daripada selulosa yang mengandungi sedikit minyak. Oleh kerana kandungan nutriennya adalah tinggi, ia digunakan sebagai sumber makanan untuk mikroorganisma. Ia juga digunakan untuk menghasilkan biogas melalui proses pencernaan anaerobik. Singkatan POME. |
| burner phone | telefon guna hapus | Komunikasi | Tiada | Telefon bimbit yang menggunakan kad telefon prabayar tanpa kontrak rasmi dengan penyedia komunikasi. Telefon guna hapus biasanya akan dilupuskan selepas digunakan. |