Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipadamkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
palimpsestpalimpsesKesusasteraanTiadaSekeping bahan tulisan seperti kulit yang dipadamkan tulisannya yang awal. Bahan tulisan ini digunakan semula sehingga sering kali berlaku inskripsi yang bertindan atau berlapis kerana tulisan awalnya tidak dipadamkan sepenuhnya. Keadaan ini berlaku kerana bahan tulisan amat mahal dan sukar diperoleh. Kini, istilah ini merujuk kepada sesebuah karya sastera yang mempunyai banyak lapis makna.
chalkingpengapuranKimiaTiada1. Pembentukan serbuk yang senang dipadamkan.,2. Pengolahan sesuatu bahan menggunakan kapur.
chalkingpengapuranKesenianTiada1. Pembentukan serbuk yang senang dipadamkan.
chalkingpengapuran; berkapurKesenianTiada1. Pembentukan serbuk yang senang dipadamkan.
curtain timemasa mulaKesenianDrama dan TeaterDetik permulaan sesuatu persembahan drama apabila lampu panggung dipadamkan dan tirai dinaikkan atau lampu pentas dinyalakan.
after blowhembus susulKejuruteraanTiadaSemburan angin berterusan ke dalam relau Bessemer untuk mengenyahkan fosforus selepas api dipadamkan dalam pengeluaran keluli.
preconscious mindminda prasedarPerubatanPsikiatriFikiran yang berada di bawah tahap kesedaran dalam tempoh tertentu, tetapi tidak sengaja dipadamkan daripada minda.
EEPROM (electrically erasable programmable read only memory)EEPROM (ingatan baca sahaja boleh atur cara-padam secara elektrik)Teknologi MaklumatTiadaPROM yang kandungannya hanya boleh ditukar atau dipadamkan dengan menggunakan peranti khas. Lihat juga PROM (programmable read only memory)
optical diskcakera optikTeknologi MaklumatTiadaMedia storan sekunder yang menyimpan data menggunakan pancaran laser di atas permukaan cakera yang diperbuat daripada plastik. Cakera optik menyimpan data digital seperti perisian, filem, video, muzik atau teks. Cakera optik memiliki kelebihan seperti kapasiti simpanan yang lebih besar, tidak menghadapi risiko kepala tulis/baca terhempas ke atasnya, jangka hayat yang lama (sekitar 30 tahun), tahan suhu panas dan sejuk yang melampau, dan kalis sinar-X. Cakera optik adalah nama generik bagi WORM, CD, CD-ROM, DVD-ROM, DVD-Video, CD-R, DVD-R, CD-RW, DVD-RAM, DVD-RW dan MO (magneto-optic). WORM, CD, CD-ROM, DVD-ROM dan DVD-Video adalah cakera optik baca-sahaja yang telah dirakam pada masa pengeluarannya dan tidak boleh di padam. Manakala kandungan CD-R, DVD-R, dan magneto-optic (dalam mod WORM) dirakam oleh pengguna dan tidak boleh dipadamkan. CR-RW, DVD-RAM, DVD-RW dan cakera MO (magneto-optic) boleh dirakam dan dipadamkan berulang kali. Banding cakera magnetik.
write protectionperlindungan tulisTeknologi MaklumatTiadaMekanisme pada peranti storan yang menghalang sebarang operasi memadam dan mengubahsuai fail pada peranti tersebut secara tidak sengaja. Bergantung kepada jenis peranti storan, perlindungan tulis diaktifkan dengan menggunakan suis, cincin boleh tanggal atau tab gelongsor. Contohnya pada cakera liut perlindungan tulis dikawal oleh tab gelongsor yang menutup atau membuka lubang perlindungan tulis. Sekiranya lubang dibuka maka data di dalam cakera liut tidak boleh dipadamkan atau dikemas kini. Lihat rajah di bawah.
12

Kembali ke atas