| colour | warna | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kesan yang didapati oleh mata dari cahaya yang mempunyai gelombang yang berlainan dan dipancarkan atau dipancarkan kembali oleh benda-benda. |
| scintillation duration | jangka masa kelipan | Kejuruteraan | Tiada | Sela masa dari mula foton optik pertama dipancarkan sehingga 90% daripadanya dipancarkan. |
| emissivity | kepancaran | Fizik | Haba | Nisbah antara sinaran yang dipancarkan oleh sesuatu permukaan dengan sinaran yang dipancarkan oleh jasad hitam sempurna pada suhu yang sama. |
| satellite channel | saluran satelit | Komunikasi | Tiada | Saluran sesuatu rancangan televisyen yang dipancarkan menerusi satelit. Isyarat daripada satelit akan dipancarkan ke bumi dan diterima oleh alat penerima yang kemudiannya akan disalurkan kepada pelanggan yang melanggan saluran televisyen tersebut. Contoh saluran televisyen satelit di Malaysia ialah ASTRO. |
| scintillation time | masa kelipan | Kejuruteraan | Tiada | Sela masa dari mula foton optik pertama dipancarkan sehingga 90ø daripadanya foton ini dipancarkan. |
| spectrum | spektrum | Kimia | Tiada | Julat sinaran elektromagnet yang dipancarkan atau diserap oleh sesuatu bahan dalam keadaan tertentu. Misalnya, dalam spektrum pemancaran, cahaya atau sinaran yang dipancarkan oleh sesuatu jasad dianalisis untuk menentukan panjang gelombang tertentu yang dihasilkan. |
| back projection reader | alat pembaca unjuran belakang | Perpustakaan | Tiada | Alat pembaca yang pembesaran imej bentuk mikro dipancarkan pada bahagian belakang skrin lut cahaya untuk dibaca daripada bahagian hadapan melalui cahaya yang dipancarkan. |
| satellite communication system | sistem komunikasi satelit | Komunikasi | Tiada | Sistem komunikasi jarak jauh yang menghantar maklumat melalui gelombang mikro yang dipancarkan dari bumi ke arah satelit. Setelah diproses, maklumat yang terhasil akan dipancarkan kembali ke bumi. |
| black body | jasad hitam | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Jasad atau permukaan unggul yang akan menyerap kesemua cahaya atau gelombang elektromagnet yang dipancarkan ke atasnya. Permukaan atau jasad ini juga tidak akan membalik atau menembusi sinaran yang dipancarkan ke atasnya. |
| heat balance | imbangan haba | Sains | Hidrometeorologi | Keseimbangan yang wujud secara purata antara sinaran yang diterima oleh bumi dan atmosfera dan sinaran yang dipancarkan oleh bumi dan atmosfera. Bahawa keseimbangan itu wujud secara purata dapat dilihat daripada cerapan jangka panjang ketetapan suhu permukaan bumi. Puratanya, suhu permukaan bumi yang berhampiran khatulistiwa sampai ke latitud 35� menerima lebih banyak tenaga dari matahari daripada yang dapat dipancarkan balik, sementara kawasan atas dari garis lintang 35� menerima kurang haba. Haba yang berlebihan dibawa dari latitud rendah ke latitud tinggi oleh peredaran atmosfera dan lautan dan kemudiannya dipancarkan kembali. |