| depth of neuromuscular blockade | tahap sekatan neuromuskular | Perubatan | Tiada | Tahap kelumpuhan otot skeletal yang biasanya dipantau dengan menggunakan alat perangsang saraf periferi. Penentuan tahap ini penting untuk memastikan supaya pesakit terus berada dalam keadaan lumpuh yang optimum bersesuaian dengan jenis pembedahan. |
| MIB (management information base ) | MIB (pangkalan maklumat pengurusan) | Teknologi Maklumat | Tiada | Struktur SNMP yang memerihalkan butiran peranti yang dipantau. |
| creep test | ujian rayap | Farmasi | Farmaseutik | Ujian reologi apabila tegasan rendah yang malar dikenakan ke atas suatu bahan. Deformasi dan aliran yang terhasil dipantau sepanjang tempoh ujian. |
| risikan keputusan | decision intelligence | Kecerdasan Buatan | Perkhidmatan | Metodologi dan set proses serta teknologi bagi kitaran pembuatan keputusan yang lebih baik termasuk hasil keputusan yang diurus, dipantau, dinilai, dan ditambah baik melalui maklum balas. Risikan keputusan adalah pembuatan keputusan berkaitan tindakan-ke-hasil. Contohnya, bermula tindakan mengenalpasti keperluan keputusan, memodel atau merisik atau menyiasat beberapa kemungkinan keputusan, menaakul dan memilih keputusan terbaik dan menilai semula hasil keputusan. Metodologi ini menggunakan pelbagai alkhwarizmi yang terdapat dalam bidang sains data, sains pengurusan, sains keputusan dan kecerdasan buatan. Selain itu, risikan keputusan ini tertumpu kepada penggunaan kaedah analitik dan pengkomputeran lanjutan untuk membantu individu dan organisasi dalam membuat keputusan berpacukan data. Sebagai contoh, dalam risikan keputusan pembentukan istilah, melibatkan pelbagai teknik seperti analitik deskriptif, pembelajaran mesin dan capaian semula maklumat. Lihat juga risikan. |
| storage area | kawasan penstoran | Herba | Tiada | Suatu bahagian kawasan bersih di dalam sebuah kilang yang digunakan untuk menyimpan bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba. Kawasan penstoran ini perlu diurus, diselenggara, dipantau dan dijaga kebersihannya dengan baik bagi menghalang kemerosotan kualiti bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba. Persekitaran stor seperti suhu, lembapan dan sinaran cahaya juga perlu dikawal menurut kesesuaian bahan dan sediaan herba. Bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba perlu dilabel dan disimpan mengikut jenis masing-masing. Bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba disimpan mengikut turutan untuk memastikan putaran stok yang berkesan. Akses ke kawasan ini juga perlu dikawal untuk mengelakkan pencemaran dan pencerobohan. |
| DMI (desktop management interface) | DMI (antara muka pengurusan atas meja) | Teknologi Maklumat | Tiada | Sistem pengurusan PC yang menyediakan laluan dwiarah untuk menyiasat semua komponen perkakasan dan perisian dalam PC. Apabila PC menggunakan DMI, konfigurasi perkakasan dan perisiannya boleh dipantau dari stesen pusat dalam rangkaian. |
| tripwire | tripwayar | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perisian pengesanan pencerobohan peringkat hos yang merekod dan memberi amaran kepada sistem pengendalian atau pemilik sistem apabila percubaan untuk mencapai, mengubah suai, melancar, atau membatalkan sesuatu fail atau direktori tertentu yang sedang dipantau, dilakukan oleh pengguna. |
| scanning force spectroscope (SFS) | spektroskop daya pengimbasan (SFS) | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Alat yang digunakan untuk mengimej permukaan sampel melalui pengimbasan kontur permukaan. Proses pengimejan berlaku, apabila pesongan hujung yang tajam pada tip, menderia daya permukaan yang dipasang pada kantilever (julur tuas) dipantau |
| closed hydroponics system | sistem hidroponik tertutup | Pertanian | Agroteknologi | Sistem hidroponik yang melibatkan kitaran semula nutrien yang dibekalkan kepada tanaman. Sistem ini mempunyai tangki nutrien, dan pemberian air serta nutrien disalurkan kepada tanaman di dalam bekas dan dikembalikan kepada tangki menggunakan pam elektrik. Keadaan nutrien perlu dipantau supaya ciri pH dan kemasinan nutrien dapat dikawal pada tahap yang sesuai untuk tanaman. Sistem ini biasanya tidak menggunakan media tanaman seperti tanah. Terdapat beberapa kaedah dalam sistem ini termasuk sistem kultur air dalam (DWC) dan teknik lapisan nutrien (NFT). Singkatan CHS. Lihat juga teknik lapisan nutrien, sistem kultur air dalam. |
| account director | pengarah pelanggan | Komunikasi | Korporat | Jawatan dalam syarikat pengiklanan dan syarikat perhubungan awam. Fungsi jawatan ini adalah untuk menguruskan semua perkhidmatan yang diberikan oleh agensi pengiklanan atau syarikat perhubungan awam yang berkaitan dengan pelanggan. Dalam syarikat pengiklanan, seseorang pengarah pelanggan dipertanggungjawabkan kepada beberapa klien dan beliau perlu memastikan semua aktiviti pengiklanan dipantau dari peringkat awal pengurusan sesuatu iklan hingga ke peringkat akhir pengiklanan, khususnya hal ehwal kewangan, mutu pengiklanan, dan keberkesanan sesuatu iklan. Dalam perhubungan awam, pengarah pelanggan bertanggungjawab memantau segala projek perundingan perhubungan awam yang diberikan kepada klien dari peringkat awal hingga akhir. Bagi sebuah syarikat pengiklanan atau perhubungan awam yang diberikan kepada klien dari peringkat awal hingga akhir. Bagi sebuah syarikat pengiklanan atau perhubungan awam yang besar, terdapat lebih daripada satu jawatan pengarah pelanggan. Setiap penyandang jawatan mempunyai kepakaran da |