| brooding | didikan | Veterinar | Tiada | Tempoh unggas dipelihara selepas menetas hingga ia boleh hidup sendiri tanpa bantuan haba. Dalam tempoh ini, anak unggas dipelihara secara berkumpulan di dalam ruang tertutup yang diberi sumber haba. Suhu di dalam ruang ini ialah 37° C dan tempoh yang diperlukan ialah selama dua minggu selepas menetas. Alat pemanas yang digunakan ialah sama ada mentol berfilamen karbon atau mentol elektrik biasa, pemanas gas atau lampu ribut. Dalam tempoh tersebut, makanan yang diberikan mengandungi 3000 kcal/kg tenaga dan 22% protein. Dalam tempoh ini juga pemvaksinan dijalankan. |
| providence | suratan | Sejarah | Tiada | Perihal sesuatu yang dipelihara atau diawasi dengan teliti, cermat dan hemat. |
| broiler | ayam pedaging | Veterinar | Tiada | Ayam yang dipelihara untuk menghasilkan daging. Tempoh pemeliharaannya lebih kurang enam minggu supaya berat badannya mencapai kira-kira 2 kg. Biasanya ayam ini terdiri daripada baka kacukan yang boleh memberi hasil pertumbuhan yang tinggi apabila diberi makanan yang diformulasi khusus. |
| layer | ayam penelur | Veterinar | Tiada | Ayam yang dipelihara untuk menghasilkan telur. Biasanya, seekor ayam penelur boleh menghasilkan jumlah telur sekurang-kurangnya 250 biji setahun. Pada umur 25-70 minggu, ayam ini diberi makanan khusus yang mengandungi 4% kalsium supaya dapat membentuk cangkerang telur yang sempurna. |
| free range system | sistem pemeliharaan lepas bebas | Veterinar | Tiada | Kaedah pemeliharaan ternakan yang dilepas secara bebas di satu kawasan yang luas pada sepanjang masa. Sistem ini juga dipanggil sistem ekstensif. Sumber makanan bagi haiwan yang dipelihara dalam sistem ini terdiri daripada rumput asli dan tumbuhan yang terdapat di kawasan tersebut. Dari segi pengurusannya, sistem ini melibatkan kos yang lebih rendah, ternakan memakan rumput yang kurang berkualiti dan kadangkala perlu diberi makanan tambahan untuk memenuhi keperluan yang sebenar. Biasanya ternakan yang dipelihara dalam sistem ini lebih sukar diurus dan kurang jinak berbanding dengan sistem lain. Proses pembiakannya berlaku secara semula jadi dan mempunyai tahap produktiviti yang rendah. Haiwan yang dipelihara dalam sistem ini juga lebih mudah terdedah kepada jangkitan penyakit. Sistem pemeliharaan begini biasanya digunakan sebagai satu langkah penjimatan tenaga buruh dan juga kos pengurusan. |
| milk cattle | lembu susu | Geografi | Tiada | Lembu yang dipelihara untuk mendapatkan susunya. |
| dairy cattle | lembu tenusu | Veterinar | Tiada | Lembu yang dipelihara khusus untuk pengeluaran susu. |
| ornamental fish | ikan hiasan | Pertanian | Agroteknologi | Ikan yang dipelihara untuk tujuan hiasan. Ikan hiasan diletakkan di dalam akuarium berasaskan warna, bentuk badan dan ciri-ciri yang unik. Ikan hiasan mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Contoh ikan hiasan termasuk arowana, ikan pelaga, ikan kap jepun dan ikan flowerhorn. Sinonim ikan akuarium. |
| annidation | anidasi | Biologi | Genetik | Fenomena apabila sesuatu mutan dipelihara dalam sesuatu populasi kerana ia boleh membiak dalam nic ecology yang tidak sesuai bagi induk organisma itu. Misalnya, serangga yang tidak bersayap mungkin tidak dapat mengadaptasi dengan baik dalam habitat leluhurnya, tetapi boleh hidup di dalam lubang dan di celah-celahnya yang tidak sesuai bagi bentuk bersayap. |
| annidation | anidasi | Biologi | Genetik | Fenomena apabila sesuatu mutan dipelihara dalam sesuatu populasi kerana ia boleh membiak dalam nic ecology yang tidak sesuai bagi induk organisma itu. Misalnya, serangga yang tidak bersayap mungkin tidak dapat mengadaptasi dengan baik dalam habitat leluhurnya, tetapi boleh hidup di dalam lubang dan di celah-celahnya yang tidak sesuai bagi bentuk bersayap. |